Yoghurt Drink Diet So Far

Yes I am the fluffy guinea pig trying out Nestle Bliss yoghurt drink diet of different flavours, twice per day for 2 consecutive weeks, just for you. Here’s the recap of what went down, and how your happy guinea pig is doing.





Apakah perasan saya sekarang? Rasa sangat ceria sebab cabaran 14 Days Challenge inilah cabaran paling best pernah saya lalui dan saya suka resultnya :’) Sudahlah kena teguk yoghurt drinks sedap hari-hari = memang menggembirakan. Rasa macam, finally I’m doing something healthy, consuming healthy stuff, towards becoming a healthier person! It’s great, I love this lifestyle.



Journal extracted (dari journal tulisan cakar ayam yang hangat2 tahi ayam)

Day 1-OMG WHICH FLAVOUR TO START OFF THIS CHALLENGE
WITHHHHH? I choose you, Passion Fruit! (macam pilih Pokemon hewhewhew)

Day 3- Morning meeting with client. Tak sempat nak breakfast, grab a bottle of Bliss and off I go to meet them at their office. Habis meeting, kitew tumpang toilet diew lew *shy*.

Day 4- Dear food journal, today I tried Mixed Fruit flavor (morning) and Strawberry (evening). I just discovered that Mixed Fruit flavor shall be my first pick from now on, super sedap!

Day 7- Ewah ewah Alisya mengendeng my yoghurt drinks, so I let her have two bottles to drink at home. She has fallen in love with em. Now she wants it everyday. Woi.

Day 10- Meet up with the girls for Ein & Aida birthday dinner. Aida buat satu komen yang membanggakan :’), baca lebih lanjut dalam pengomelan nanti.



Untuk cabaran ini, saya harus minum Bliss yoghurt drink sebotol untuk pagi, dan sebotol untuk petang/malam. Jadi saya lebih beria nak bangun pagi dan breakfast dengan yoghurt drink. Selalu breakfast dengan Bliss yoghurt drink plus tuna sandwiches. Lifestyle yang saya adapt di sini ialah pentingkan breakfast. Sukaaa!


I suka the fact that it’s really delicious *gush*. Memang kadang-kadang I minum more than 2bottles per day hewhewhew. Dan kecil saja botolnya (for 200g), just nice untuk puas dan kenyang. Size yang sangat convenient untuk dibawa kemana-mana. Dan lagi satu, tiada artificial colouring, malah guna fruit juice sebenar. Tak mainlah fake-fake ni semua.


Untuk health benefits, I dah termakan dengan kata-kata yang Bliss yoghurt drink bagus sebab ada Inulin. Tahu tak apa itu Inulin? Kalau ada Inulin dalam perut, senang bakteria baik nak membiak & lancar penghadaman makanan. Jadi saya percaya, kesenangan untuk pergi toilet adalah atas jasa inulin serta bakteria baik dalam Bliss yoghurt drink yang bekerja untuk saya sekarang.



Tengok perut kita lepas kenyang makan, sampai my girl Aida tegur kata kiter takde perut :’) Leper kerana senang lawas ya :')



Pesanan untuk orang di luar sana yang mahu mencuba diet Bliss yoghurt drink? Go for it!!! Try semua flavours dan kalau nak stock up dalam fridge, sila susun sorok-sorok kalau taknak orang lain join habiskan tsk tsk. Alisya you owe me 7bottles. Dan bagi saya, walaupun 14 Days Challenge is over, me & Bliss have developed a lifetime affair. Signing out, happy slim guinea pig.

No comments:

Post a Comment