In case you don't know, I am in my final semester in UiTM Johore (hiks!). Tak sabar untuk perjuangan di sini selesai dan membuka peluang untuk alami environment baru. Tapi itu bukan fokus entri ini sebenarnya. Entri ini bakal bersandarkan pada paksi yang saya cuma nak berlagak dekat para penghuni kolej lama yang saya kini sudah ditempatkan di bangunan baru huwah!
Selama tiga minggu (yang lalu) terpaksa merempat/menumpang/tidur atas lantai macam hippopotamus bergelimpangan di bilik orang lain yang punyai belas kasihan, sementara tunggu bangunan baru siap. Orang lain yang punyai belas kasihan dalam konteks ini ialah junior saya Lyana. Lyana telah pun menjadi salah satu manusia dalam My Favourite People list apabila kami begitu kamcing sehingga mampu sing along lagu Matchbox Twenty berulangkali dalam perjalanan Johor-KL-Johor. Saya rindukan dia. Dan saya tahu dia rindukan saya yang suka membuatnya terjaga malam apabila saya mengigau.
Kini kami terpaksa berpisah, kerana kolej baru adalah yang terbaik untuk diri saya maka habis madu sepah dibuang. Semalam Lyana came for visit ala-ala MTV Crib jadi saya figured, I should have one entry of MTV Crib for you guys here especially budak-budak UiTM Johor yang tak berpeluang merasa penempatan di kolej baru ini kehkehkeh (kenapa jahat? Kenapa?!) Kehkehkeh.
Sebelum mula, eloklah sekiranya saya memperkenalkan nama kolej baru ini. Nama diberi ialah Suluk Belingkung atau Luk 3, iaitu nama sebatang keris. Tapi untuk lebih cool bolehlah dipanggil Luke Skywalker sebab Luk 3=LukE geddit geddit? Singkatan lain ialah Suluk Belingkung = SB = Sehati Berdansa.
Tingkap yang luas dan tanpa grill ini haruslah menjadi favourite feature saya, tambah 5markah buat SB. Ia menggalakkan buka tingkap pagi-pagi sambil mengucapkan selamat pagi alam sekitar seperti iklan Adabi atau sebagainya.
Kebanyakkan perabot di sini adalah berwarna putih. Perempuan sukalah sebab diorangkan feeling Korea. Tilam adalah sangat empuk maka lebih susah untuk bangun pagi di sini, tolak 5markah untuk Sehati Berdansa.
Storage space adalah amazingly banyaaak! Siapa yang banyak barang memang akan love this place, tambah 10markah. Rak ini kebanyakkan orang buat rak buku, tapi hippopotamus haruslah menjadikannya my little pantry :B
Lihatlah tempat sidai tuala di balkoni comel kami. Sungguh convenient, tak perlu keluar bilik untuk menjemur. Kalau hujan, tak perlu laju-laju tukar boxer kepada seluar panjang hanya untuk berlari ke bawah dan angkat jemuran. Dari bilik pon boleyyyyyyy *angkat kening deras-deras mintak kena tarik pipi dengan manjew sekali*
Visual buku-buku untuk isi masa senggang tenangkan minda mengakhiri MTV Crib buat kali ini. Sebelum berpisah, izinkan saya menyatakan…
SHOWER ROOM DIA ADALAH BEST THING EVER KOT!!! AIR DERAS DAN SEPERTI HUJAN SEBAB SHOWER HEAD YANG CANGGIH DAN TERKINI, SIAPA YANG EMO SUKA NANGIS BAWAH SHOWER PASTI GEMARKANNYA KEHKEHKEH. SUNGGUH THERAPEUTIC. Okay dah. Harap-harap SB boleh jadi sepenuhnya kolej perempuan sebab perempuan lemah-lembut dan barang boleh tahan lama LOLOLOL.
Milkadeal time! Siapa suka travel mesti suka tawaran ini:
RM498 instead of RM672 for a 4D/3N Phuket Island Holiday: 3 Nights Accommodation in a 3 Star Hotel + Qatar Airways Return Tickets + Complimentary City Tour + Airport Transfers
No comments:
Post a Comment