Apa Yang Lelaki Nak, Tapi Perempuan Taknak?


Hari ini saya ada satu teka-teki untuk saudara saudari sekalian para budiman. Teka-teki teka-tekuk, siapa makan durian dia batuk. Eh tak, mengonjeng diri sendiri je. Ini yang betul punya. Teka-teki berbunyi: Apa yang lelaki nak, tapi perempuan taknak?




Jawapannya ialah, berkepak.



Kepak atau wing kepada sang arjuna bermaksud, bahagian upper body di belakang yang berotot. Nama saintifik baginya ialah Latissimus Dorsi (Idris educated me on this), dan lagi berotot bahagian ini, lagi tegap dan gagah rupa bentuknya. Makna sebenar kepada nama saintifik ini ialah: Latissimus = Paling lebar dan Dorsi = Belakang, betul-betul nak mengexplain yang ia adalah otot paling lebar di bahagian belakang badan.





Kebanyakan lelaki yang work out, mendambakan kepak/wing. Panggil kepak/wing saja ya, penat nak sebut Latissimus Dorsi. Nanti skema tengok kawan balik dari gym, "Pergh kau dah ada Latissimus Dorsi sekaranggg". Tak smooth, memang tak smooth.






Sorrylah, I pun geli bagi contoh Zac Efron. Tapi penat cari gambar, ini sahaja yang paling terang lagi bersuluh akan apa yang I cuba sampaikan dengan Kepak/Wing 101 kita pada hari ini. Okay, tengok eh sendiri, bayangkan kalau lelaki ada kepak/wing bila pakai t-shirt, kan nampak smart. Sebab itu diorang suka. Tapi perempuan suka ke kalau diri sendiri yang ada kepak/wing?





Kepak/wing kepada sang gadis pula ialah flabby arm a.k.a chicken wing. Seronok kan?




Apa? Tak paham lagi?!






Memang seronok.



I've finally reached the age where I no longer save the chicken skin to be savoured last. LOL. Sungguh batak makan KFC tinggalkan kulit ayam untuk makan last sekali. Sekarang dah tua, tak hadap dah. Buang tepi je. Kurangkan makanan berlemak.

No comments:

Post a Comment