The Whining Trend

Nak whine panjang-panjang tapi Twitter tak cukup character dan Facebook cepat merimaskan orang. Jadi nak whine kat sini dan minta simpati *uhuk-uhuk batuk manja*. Whine ialah mengeluh dan wine ialah minuman kafir makan dengan cheese.



Bangun pagi ini tekak berasa perit akibat melantak durian memaharajakan nafsu. Bersama-sama teman rapat saya yang dinamakan Club 10 kerana ada sepuluh orang semuanya, kami kopek durian beramai-ramai selepas dinner di Uptown tempoh hari. Sudahlah meminta abang jual air itu potongkan ira durian (pastu dia buat guna sudu jerrrrrr terel betul) namun seulas pun tidak dioffer kepadanya akibat buruk lantak merupakan perangai sebati dalam diri masing-masing.



Mama Daddy if you're reading this, anakmu nak pulang bawa durian! I beli 1kg/RM2 jerrrrrrrrrr dekat tepi jalan dekat Jasin masa melawat ladang penternakan puyuh untuk subject Entrepreneurship kelas Puan Roha. Mesti Mama Daddy bangga kan, anak yang selama ini boros dan tak pernah kisah/tahu harga barangan rupanya reti juga beli durian murah :') Lepas tuh terpaksa simpan bawah katil selama 2hari sementara nak tunggu cuti semester. Semerbak bilik anakmu tanpa memerlukan Airwic/Glade/Febreze.



Sekian saja keluh-kesah bersama Kak Esah, ingat adik-adik, makan durian minum sky juice banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment