JOM GOLEKKAN SNOWBALL


Peluang ada di mana-mana. Peluang nak berwang juga ada di mana-mana. Peluang nak menang barangan SINGER juga ada di mana-mana. Apa kau bising, cakap je kau nak promote pertandingan Era yang snowball duit ituh. Ya baiklah.




Dalam banyak-banyak pertandingan radio, yang paling saya suka dengar bila duit snowball! Paham tak duit snowball? Dia macam, kalau snowball digolekkan, kan lagi besar dan lagi besar! Itulah maksudnya; duit ganjaran yang ditawarkan, semakin lama bergolek-golek (sebab takde siapa menang), semakin tinggi!



Apakah?



Bilakah?
Sekarang sampai 25 Mac. Di radio setiap jam dari 10 pagi sampai 10malam, hari bekerja.



Bagaimanakah?
Dapat cue to call, cuba try test call sampai dapat. Kalau berjaya go through memang rejeki sekali seumur hidup maka jawab soalan elok2. Soalan itu anda yang pilih; Aznil atau Musik. Jawab dengan betul, satu soalan paling kurang dia bagi RM105. Phew. Jawab dengan salah, terima kasih, duit snowball berganda, I pula nak try call. Oh hadiah SINGER yang I cakap tadi ialah 32” LCD TV atau Home Theatre system, kalau nak kena dengar bonus announcements oleh Pak Nil.



Bagaimanakah?
Eh tanya lagi? Oh bagaimanakah nak masuk pertandingan ini tanpa perlu call? Kejar skuad Era.



Lebih lanjut di sini www.era.fm dan sini fb.era.fm dan sini twitter.era.fm .


I just realized I can listen to the radio through their website -_-. Outdated gila aku. Sekarang tengah dengar lagu favourite Khairi iaitu 1,2,3,4 by Aris Ariwatan. LOL.

No comments:

Post a Comment