Tips diet mudah, cepat, sihat, gembira



Ramai teringin nak tengok saya gebu, eh bukan, ramai nak tengok saya debab 4.1 kg waktu bayi sehingga nak dukung tak larat, akibat sayang, bapa mengangkat juga maka kini selalu sakit pinggang. Maafkan anakmu. Jadi sebelum memberitahu sekalian orang kampung tentang cara pemakanan saya, wajarlah saya pamerkan gambar bayi debab of the year 1990.



I was indeed a tall baby. Patutlah berat. Gemuk dan panjang rupanya. Lihat sahaja muka Kekna yang macam nak tercirit terpaksa memangku adik debab. Maafkan adikmu.




Kini tidak lagi dengan Tummy Trim. Okay tiba-tiba.




Dah cukup. Gila lama I melalut saja je taknak bagitau cara pemakanan I. Baiklah, kita mulakan dengan bangun pagi. Gosok gigi. Cuci muka. Ha, ha, nak ke laut lagi.


He he he. Okay bangun pagi, mesti makan. Breakfast amat penting sebab tanpa breakfast kau akan makan banyak untuk lunch dan makanan lunch selalu kalori lagi tinggi daripada makanan breakfast so lebih baik makan breakfast, dan makan moderate lunch. Maksud moderate lunch? Kadar yang tak malu nak bawa pergi kaunter untuk bayar.


Breakfast selalu I makan roti, biskut, gandum (ceh nak sebut semua yang paling bawah dalam piramid makanan). Minum Milo. Kadang-kala makan Milo. Tapi memang tak suka skip breakfast. Kalau ada kelas pagi pun, make sure campak cereal bar dalam beg.


Lunch pula adalah fiesta makanan untuk I. Waktu paling excited ever. Selalu makan nasi dan dua lauk sebab kalau ambil tiga lauk memang lama gila nak pilih sebab rambang mata. Lauk selalu sama ada ikan dan sayur. Ataupun ayam dan sayur. Jarang daging, sebab mama kata daging tak elok. Daging cuma makan yang emak masak sahaja. Tapi sayur mesti ada. Ceh bila dah besar dah pandai makan sayur teehee jaga kulit teehee.



Kalau ada buah lagi bagus, sebab mesti makan buah dulu sebelum nasi. Contohnya pisang. Pisang sebatang agak mengenyangkan maka nafsu makan sudah tertutup sedikit, jadi tak makan nasi banyak sangat. Buah elok makan dahulu (kalau tak silap ia adalah sunnah Nabi SAW, correct me if I'm wrong) sebelum makan nasi, sebab buah lebih cepat hadam jadi ia tak jadi toksik kalau berada dalam perut, terlebih dahulu sebelum nasi. Paham tak apa saya cakap ni?



Okay macam ni ha, penat I lukis. Yang bertindih itu bukan burger ya Alisya -_-. Itu ialah ayam, kemudian nasi dan kemudian pisang. Tengok dalam gambar rajah, pisang kat bawah sebab kita makan pisang dulu. Baguslah kita makan pisang dahulu, sebab dia hadam dahulu dari nasi. Jadi kalau dia dah hadam, dia boleh keluar dahulu. Tapi kalau kita makan nasi dahulu, pisang akan berada di atas. Bila pisang hadam, dia takleh keluar sebab nasi yang kat bawah, maka dia jadi toksik kepada badan sebab tak dapat keluar just because nasi belum hadam.


Senang, konklusi dia begini. MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI SUPAYA TAK TERINGIN MAKAN BANYAK NASI, SO TAK DEBAB. BADAN JUGA SIHAT KERANA MAKANAN TIDAK MENJADI TOKSIK DALAM PERUT. MAKAN PISANG SILA KOPEK KULIT DAHULU.


Sekarang makan petang. Wah siap ada makan petang bagai. Ya, makan petang memang penting. Tadi kau kata breakfast penting, sekarang makan petang pulak penting. Kau memang kuat makan sebenarnya. Eh! Tapi tapi tapi makan petang memang pentinggg. Kalau tak makan rasa macam there's something missing in my day. Wah! Gitu.. Makan petang selalu makan benda-benda manis atau best macam kuih muih goreng pisang dan sebagainya. 'Dan sebagainya' itu termasuk nasi ayam, soto nasi dan nasi tomato. Tak tipu memang macam tu cerita dia.


Seterusnya makan malam! Dinner kalau nak dibandingkan dengan supper, dua-dua sama penting. Hehe. Tapi kalau tidur awal, tak dapatlah supper. Dapat dinner je. Kalau tidur lambat mesti supper. Sebab nanti perut merajuk. Makan BANYAK KALI takpe. Jangan makan banyak tapi SEKALI. I makan lima kali sehari. Kita kena ajar metabolisme badan untuk buat kerja. Kalau kita selalu tak makan, nanti dia tak buat kerja. Pastu cepatlah badan naik, kalau makan lebih sikit. Paham tak apa saya cakap? Ke nak kena lukis lagi?

Senang cerita dia macam ni, makan buah, makan nasi, makan lima kali sehari, kunyah 40kali supaya senang hadam, jangan diet lebih-lebih nanti metabolisme manja. Setel? Eh asal macam garang. Mesti sebab belum makan. Bye mak masak sambal petai hari ni.




No comments:

Post a Comment