Mari Berdiet Bersama Hamis Jalikha



Apakah maksud diet? Diet ialah cara pemakanan kita. Dalam perkataan diet itu sendiri ada bermaksud 'makan'. Jadi apabila tajuk yang dipilih adalah "Mari berdiet bersama Hamis Jalikha", seolah-olah mengajak anda mari makan bersama Hamis Jalikha yeay.



Baiklah serius sekarang *kening rapat*. Ramai sudah bertanya apakah cara terbaik untuk mendapatkan tubuh yang langsing, bolehkah Hamis berkongsi sedikit tips. Masalah langsing atau tidak si Hamis itu sebenarnya, tidak harus kita ketengahkan. Tidak harus.


Bila diajukan soalan sebegitu rupa, saya pun haruslah mengkaji cara pemakanan saya, dan ini adalah apa yang dapat saya bentangkan hari ini.


Waktu lahir saya merupakan bayi gemuk. Emak memberi statement makan dalam di mana waktu mengandungkan saya, dia hendak langkah longkang pun tidak boleh. Terlalu membebankan anak ini, dan keluar dari perut ditimbang 4.1kg , kalau jual kat pasar, orang yang beli kena bawa trolley yang tarik tuh untuk angkut pulang. Begitu gemuk.


Sejak lahir diberi makanan yang tidak mahu kalah sedapnya. Memang tembam pipi macam pipi Sin Chan kena cubit, tapi masalahnya I punya tembam takkan reda-reda, atleast Sin Chan dalam babak seterusnya lebam tembam cubit itu dah hilang. Tragis.


Kejian cara pemakanan Hamis bermula sekarang. Sejak darjah 4, para pendidik saya sudah menekankan, untuk menjalankan sesuatu penyelidikan, kita harus letakkan fokus. Fokus kita adalah untuk menjawab what, who, when, why, how. Mari.


What?

Hamis's Diet: Baiklah diet saya tidak ada limitations. Amboy menipu kuatnya. Okay fine, diet saya ada limitations. Saya limitkan diri memakan dan meminum yang halal sahaja. Itu sahaja. Itu sahaja. Yang lain semua boleh boleh bolehhh. Kerana walaupun kita bukan hidup untuk makan, tapi kita harus akui makanan adalah satu keindahan yang harus dihargai.


Indah.




Who?

Hidup pula dikelilingi orang yang sama ada pandai masak, suka masak, atau suka bawa tempat makan best-best. Indah. Ha dah dua kali dah sebut indah. Sinonim betul perkataan ini dengan makanan.



Pakcik belah bapa terel masak.



Emak kalau orang datang rumah menjamu macam nak buat kenduri kahwin.





Diri senantiasa dimanjakan bawa tempat makan lima bintang.





Cukup.





When?

All the time I eat. Even after meal, I still must eat. Most of the time before meal I also eat. Sweet tooth I am.



Cuba teka kenapa saya suka bawa emak ke tempat makan best-best (oh ini gambar masa Nabil belanja, bila sedap mesti saya pula belanja emak teehee)?






Sebab bila pulang ke rumah, dia akan sibuk di dapur menghasilkan benda yang sama tapi 10x lagi sedap. Ish tak boleh jadi ni.




ISH TAK BOLEH JADI NI. BIASA DIA!





Nanti nak bawa emak ke Pan Pacific Singapore pula. YES.




Indah indah indah.




Saya masih rasa saya tak cukup convincing dalam meyakinkan anda betapa saya suka pemanis mulut. Hmm macam mana ni.




After every meal paham tak? Paham tak? Even kalau dekat kampus, stok makanan mesti penuh dalam almari. Nak kena ada desserts setiap kali lepas makan nasi campur :') Selalu emo dengan diri bila nak eja dessert kerana eh eh pencoci mulot atau padang pasir. Tapi cikgu Inggeris kita Puan Haniza ajar, bila stressed kita makan desserts. Maka terbalikkan ejaan stressed kita dapat putu piring manisss.




Where?


DI MANA ADA MAKANAN DI SITU ADA JALAN.



Di mana ada hati di situ ada taman *tiba-tiba*



Meraikan adik handsome.



Di rumah, masak sendiri. Waktu kebuluran apa pun sanggup. Belajar masak terus sanggup.



Di gedung perabot.



Di kedai apek kaya.



Di antara kelas Arab dan kelas Macroeconomy. Betapa comel nafsu masih mahu makan lebih maka lontong tidak cukup dan ambil nugget tiga biji.



Di kedai buku, walaupun cream puff tidak sesedap emak punya. Damn you kedai buku.




Di hotel penginapan yang tak menginap pun.





Di kenduri kahwin. Kenduri kahwin sendiri harap tidak buruk makan.





HOW?


*Gambar pinggan Ikea credit to Asliza



Ha how? ini lah yang kita akan discuss di lain masa. Jangan tukar channel. Epppp simpan control celah kusyen sekarang pastu buat-buat cari tak jumpa.

No comments:

Post a Comment