Sibling Rivalry, Bagaimana Kalau Iri Hati Dengan Adik-Beradik Sendiri?

Saya. Sangat. Teruk. Ada satu entri yang tergendala dari tahun Myspace ke apa tah, dan saya akan selesaikannya hari ini juga (tekad). Ini adalah susulan dari dua entri saya yang dulu. Iaitu:



Okay sebenarnya, tajuk dua entri tadi lebih indah dari itu, tapi saja nak bagi gambaran kasar. Maka susulan dari dua entri tadi (sila baca dulu supaya anda tidak tidak jelas, kalau pernah baca, thumbs up, bagi kacang Nganyin sepacket). Maka soalan yang paling best, saya pilih ialah daripada pembaca bertuah, Superheroes' Mom !

Review dulu: Belog Superheroes' Mom ini comel sangat sebab dia ada tiga anak lelaki tembam comel yang nakal! Tambahan pula, dia suka mengarang apa sahaja yang terjadi kepada dirinya dan anak-anak. Banyak juga dia bagi tips, so far belog ini memang lebih kurang macam genre belog saya juga (so kalau suka genre catatan harian dan tips, awak patut lawat). Bahasanya light dan mudah dipahami, wajah penulisnya juga sejuk mata memandang. Dan naturally, as a loving mother to her boys, she asked me this question:




Jawapan: Yes I admit sibling rivalry is very common and obviously, being in a big family with 2 sisters and 3 brothers, I've experienced that first hand hehe. Truth is, you can't escape or prevent it from happening (for example, to your children maybe), but it's the way you handle sibling rivalry that makes it a very healthy thing. I can say my parents tackled the matter very well and hence, you have us, the happy bunch of sibs, insyaAllah.


Bila bercakap tentang sibling rivalry, atau bila orang tanya adik-beradik tak jealous/iri hati ke etc, obviously mereka akan bercakap tentang Kakak saya, Kekna. Sebab sibling rivalry biasanya terjadi antara adik beradik yang paling rapat, sama ada yang atas kita atau bawah kita. So atas saya, I have Kekna. Bawah saya, is Khairi, so tiada sibling rivalry di situ kerana Khairi ialah seorang lelaki, dan waktu fasa hanya wujud kami bertiga, Khairi is anak bongsu, jadi instead of bersibling rivalry, I dan Kekna team up nak buli Khairi teehee.


Saya rasa sibling rivalry is healthy bila parents pandai tackle. Sebab dalam hidup, kita senantiasa perlu bersaing untuk menjadi yang terbaik. Saingan paling sihat adalah antara adik-beradik, sebab kau maju, aku pun nak maju, keluarga kita juga yang maju. Dari kecil Mama dan Daddy suka bagi habuan kalau pandai dalam pelajaran, jadi bila Kekna PMR 7As, I pun waktu tuh UPSR wajib kena dapat 5As. Jadi bila keputusan keluar, kami berdua dapat talipon bimbit (habuan asal ialah siapa dapat masuk asrama, dapat talipon bimbit, tapi Daddy manjakan sikit sebab alololo kesian dah dapat 5As teehee).


Paling penting dalam nak handle sibling rivalry ialah kita kena akui, dan acknowledge adik-beradik kita tentang kelebihan mereka satu persatu. Parents pun kena buat benda ni! Macam Kekna pandai masak, maka dia selalu ajar saya macam-macam tentang perihal dapur. Jadi bila lapar katalah NAK KEKNA MASAK, KEKNA GORENG AYAM PALING SEDAP. Heh gemok. Atau bila Kekna ada wedding nak attend, dia terpaksa make up maka dia pula HANIS PANDAI MAKE UP NAK HANIS MAKE UP KAN JUGAK CEPAT AJAR SEKARANG. Dari kecil kami memang macam ni. Saya pula dari dulu lemah Maths, tapi Kekna pula terel sangat dengan calculation segala, maka dialah tempat saya mengadu nasib bila Maths lembeb. Dia ajar garang, tapi mesti ingat punya. Benda pertama dia ajar ialah, macam mana nak bahagi :') Banyak lagi benda yang Kekna dah ajar I. Dulu I benci tempe, susu soya, begedel pastu dia kata hoi sila rasa dulu, lepas rasa baru boleh decide nak benci ke tak. Bila I dah rasa terus heh, Favourite food: Tempe & Begedel ♥


Dengan adik-beradik tak payahlah ego, tak ke mana. Kelakar je nak ego-ego sangat, padahal dua-dua dah selalu nampak keadaan masing-masing yang paling teruk. Jadi even kalau bergaduh, I akan tulis surat minta maaf, selitkan bawah pintu (nak cakap depan-depan maluew). MALU EH, BUKAN EGO. Pastu selalu kena belajar jaga hati. Jaga hati jaga hati jaga hati. Ini memang perkara yang parents sangat tekankan. Jadi kalau rasa tersalah cakap, mesti nanti sesi tulis surat bermula (-_-")


Tambahan lagi, kami selalu want the best for each other. Kalau dapat boyfriend best, kami adik-beradik lain juga yang di bawa ke hulu ke hilir yeay makan best-best yeay. Kalau salah seorang dapat job yang bagus, family juga yang merasa kebahagiaan yeay. Something like that, tak susah sangat nak faham kan?


Lagipun, Kekna yang selalu teman atau angkut (saya kan tiada lesen), pergi mana-mana. Macam last weekend, saya minta mama dan Kekna temankan pergi cari kasut. Pastu teringat, belum belanja dia makan sempena birthdaynya yang lepas, PADAHAL DIA DAN FAMILI DAH CELEBRATE MAKAN BESAR TANPA SAYA BIASA NI EPP!! Cukup.



Mula-mula Kekna mintak nak makan dekat Delicious, tapi I dah muak sangat. Maka I paksa juga dia pusing cari tempat lain. Last-last ended up dekat Alexis. Bolehlah ni (-_-")

Happy birthday Kekna, you're the best sister one could wish for. Alisya takyah nak jealous, I meant elder sister.



And of course, the best and most gorgeous mom ever juga harus selitkan teehee.


Anggap ini birthday cake dan duduk sana diam-diam.




Ini serious sedap. Tapi bila balik rumah baru terpikir, satu dish ni RM60++, MAKNANYA SEKETUL RM20. CUKUP!!!!!





PLEASE BACA ENTRI INI DAN KAMU AKAN PAHAM KAMI DAPAT KAKAK YANG MACAM MANA.

No comments:

Post a Comment