Nota untuk gadis menengah rendah

Nota untuk semua gadis secara amnya, yang makin meningkat dewasa, tapi saya addresskan 'menengah rendah' sebab sinonim dengan perasaan baru nak cuba bercinta. Saya pun pernah berada di tempat awak. Bukan mula nak bercinta (sebab takde siapa nak mulakan dengan saya pun), tapi perasaan NAK bercinta. Nak sangat bercinta. Suka tengok orang couple-couple. Masa sekolah dulu saya hitam, kepeng, selekeh, gigi terabur, takde siapa pandang. Haha. Okay gigi terabur tipu sikit, tapi memang gigi tak cantiklah sebab belum pakai pendakap gigi -_- Maka kalau saya minat orang pun setakat pandang dari jauh. Cakap-cakap dengan kawan macam "eh handsomenya dia ni kalau lah dapat couple dengan dia". Loser tak penyataan itu? Ya, memang loser. Sebab lelaki-lelaki ni semua tak pandang pun kat kita. Yang couple-couple semua budak gedik kelas last-last. Jangan salah anggap, bukan nak stereotaip, tapi dah 3sekolah saya asyik pindah-randah, faktanya memang budak kelas last dapat couple dulu. Yang pakai perfume pergi sekolah, pakai beg Roxy, pakai baju kurung kecik tak butang, lipat lengan sampai ketiak, itu yang budak lelaki pandang. Maka geng skema muka comot duduk diam-diam dalam kelas belajar prinsip akaun atau macam mana air liur hadamkan makanan.



Penting ke sebenarnya ramai peminat kat sekolah ni? Saya pun tak tahu, sebab tak pernah rasa. Tapi ramai peminat atau tidak, tak menentukan kat mana awak akan berada di waktu hadapan kan? Jadi janganlah jealous sangat tengok orang bercouple-couple, tak ke mana pun, seriously. Kalau ada jodoh, memang diorang akan kahwin, tapi mostly takde. Sebab bila masuk alam pekerjaan, ha itu memang sesuatu yang sangat baru, orang bijakpandaiberasbernas panggil, anjakan paradigma. Masa itu barulah betul-betul boleh nak cari pasangan hidup. Kita pun boleh cari yang sekufu. Sebab kita boleh tengok kematangan, financial position dia, dan kehidupan sosial dia. Kalau setakat kat sekolah dulu tuh, kaya dengan duit mak bapak, boleh pakai perfume mahal, pakai jam Swatch, boleh pergi party-party, takpelah. Kamu tak perlu jealous ya?



Bila cakap tentang semua ini, teringat seseorang waktu saya sekolah rendah dulu. Seseorang yang tembam, putih kulitnya, hidung mancung, tapi bukan taste kita budak-budak sekolah ni. Yang kita minat sangat dulu, mesti tinggi, kurus, rambut cacak-cacak, bawak beg kempis takde buku kat dalam, dan kulit sawo matang sebab selalu wakil sekolah dalam lompat tinggi. Fuish cair betullah kononnya. Tapi lelaki-lelaki yang saya minat sangat dulu ni semua, bila besar dah dewasa sekarang, saya tengok balik macam hek eleh. Eh okay okay berbalik kepada si tembam rakan sekelas saya tuh, kita panggil dia Manap. Manap suka kat saya. Ya, hodoh-hodoh saya pun, ada satu makhluk Allah yang suka sangat. Kelakar bila teringat balik. Sebab saya tak suka dia si tembam. Saya cukup benci kalau kawan-kawan tahu yang dia suka saya. Sebab kalau orang yang suka kita tuh handsome belaka konon kita nak bangga ah kan. Tapi Manap tak tergolong dalam budak lelaki idaman budak perempuan. So saya takut je diorang tau sebab nanti diorang boleh ejek Hanis ♥ Manap. Dammit.



Manap baik. Manap pandai cakap English. Bila budak lelaki lain kacau saya sampai nangis, Manap cakap kat diorang "weh bodoh korang jangan a kacau dia". Tapi takde sape takut ngan Manap sebab dia tembam. Waktu birthday saya, masa semua orang buat tak kisah, Manap pagi-pagi lagi dah letak kad harijadi kad meja saya. Comel sangat sebab dekat kad tuh ada tercetak perkataan 'booze', tapi Manap tahu booze itu maksudnya arak, so dia garis atas perkataan tuh untuk kenselkannya dalam ayat. Sebelum buka saya excited, saya macam wah secret admire mana yang bagi ni (beranganlah engkau gigi terabur), bila tahu Manap bagi, terus simpan dalam beg taknak tunjuk siapa-siapa. Teruk. Hm yang sebenarnya saya ingat lagi nama panjang Manap, maka saya boleh cari dia kat Facebook. Bila saya cari dan lihat, wah dah besar dah Manap :') Dah tak berapa tembam. Tinggi. Hidung masih mancung, kulit masih putih. BELAJAR OVERSEAS SIOT.



Pengajaran? Pikir sendiri. Setiap kali saya pikir pengajarannya, saya senyum. Thanks Manap sebab pernah wujud dalam hidup saya.

Minat saya waktu tiada siapa minat saya.

No comments:

Post a Comment