Cirinya pasti berbeza setiap satu di antara kita, menjadikan perjalanan menemui cinta sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Mungkin ada yang lucky in love dalam hidupnya, mungkin ada yang tak pernah merasai cinta sebenar up till now, dan mungkin ada menyalahkan diri sebagai loser in love setiap kali kecundang. Tapi ada satu quote yang I gemar sekali, yang tidak pernah gagal memberi harapan tika menghadapi waktu-waktu sukar dalam hidup I. Quote itu berbunyi “In the end, everything will be okay, if it’s not okay, then it’s not the end”. Jelaskan kata-kata itu? Bagi sesetengah orang, kebahagian adalah sesuatu yang you have to work for. Well, you gotta admit, the victory is sweeter that way.
Kalau bercakap tentang ciri lelaki idaman, memang akan berbunyi seperti amboi amboi nak yang perfect aja. Well, everyone is on the same track I’m sure. Bolehlah salahkan input-input dari buku fantasi, neraca kisah benar, telemovie, novel-novel chic-lit beli dari MPH, senarai 10things women love about men, sesi gossip emak serta makcik-makcik, iklan perfume murah dan sebagainya.
Pertama, perempuan mesti suka nak cari pasangan yang macam bapa dia. Sedikit sebanyak mesti nak ada persamaan juga. Dan kalau macam Daddy I, hehe mestilah tinggi. Tinggi yang bila I pakai kasut platform heels pun tak tergugat. Sebab bila tinggi nampak kuat. Bila tinggi rasa safe kalau menyorok belakang dia kalau dalam bahaya. Bila tinggi, boleh dukung bawa masuk kereta waktu dah nak terberanak. Kalau tak tinggi I tak kisah KALAU dia tidak kisah. Kiranya walaupun dia tak tinggi, tapi dia suka I pakai high heels. Cun sangat macam Usher dengan Naomi dulu. Fuh.
Ciri lain ialah lebih matang dari pasangan perempuan. Matang banyak dari I! Matang pemikiran, bukan umur atau bahagian bawah mata. Haha. Atau perut (-_-“) I dari kecil memang Daddy yang guide, so dengan pengalaman, I boleh rasa yang I cuma benarkan orang yang matang sahaja guide I. Kalau agak-agak orang itu sama taraf dengan I, fuh memang banyaklah “Eh kenapa tak macam ini?” “Hoh you sure ke??” “”Taknaklah teori you tak konkrit” “Tapi I belajar dulu lain” dan sebagainya.
I adore lelaki sepet! My goodness ini ciri paling seksi dalam list I okay. Lelaki sepet sangat hesh kenapa seksi sangat nak describe pun kehabisan vocab sebab asyik nak guna perkataan seksi je.
Sentuh bab agama obviously nak lelaki yang beragama kuat (dalam doa selepas sembahyang selalu Ya Allah kau temukanlah aku jodoh dengan lelaki yang beragama, berharta, bijaksana dan rupawan). Rupawan, ish sungguh gatal. Berharta, ini ustazah yang suruh. Bijaksana, for obvious reason. Tapi seriously, I nak lelaki yang boleh bimbing ke arah kebahagiaan yang ultimate. Nak lelaki yang tak batak social, yang terlalu duniawi. Nak lelaki yang pulang dari kerja terus sayang jom jemaah dengan I. Pastu bila suami I nak ajar anak I mengaji tapi anak I liat, kena rotan ngeh ngeh.
I tak suka sweet talker yang dengan semua perempuan dia smooth gila sampai bila dengan yang dia betul-betul sayang pun tiada beza.
Apabila tua wajah dan kedutan harus menyamai (amboih menyamai, taknak setel dengan 'iras-iras') George Clooney. Apabila lebih tua harus resemble Clint Eastwood. Lebih baik, Mustapha Maarof.
Pembersih. Tak boleh tengok sepah-sepah. Bila nampak mekap I berterabur tak boleh tahan pastu terkemaskan. Pastu insist nak hantar anak dekat Tabika Kemas.
Lelaki yang kelakar adalah lelaki yang bagus sebab gelak boleh membakar kalori dan saya kuat makan. Kita juga haruslah ada sense of humour yang lebih kurang di mana bila salah seorang menyanyi Geli Mat, yang seorang lagi tidak jadi merajuk malah ingin membelasah sahaja pasangannya.
Hobi kami juga harus similar iaitu makan, membaca dan shopping. Haha dalam senarai itu tadi rasa-rasanya hanya membaca layak dipanggil hobi dalam karangan berformat. Okay takpe, lelaki harus boleh melayan saya buat tiga benda itu. DIA TIDAK BOLEH DUDUK LUAR KEDAI MASA SAYA BELI BAJU SEBAB NANTI SAYA SALAH PILIH BAJU TAK HOT DIA JUGA YANG AKAN TENGOK SAYA PAKAI BAJU ITU UNTUK BEBERAPA BULAN OF HIS LIFE. Dan makan adalah seronok maka kita harus cuba semua tempat yang halal dalam dunia. Membaca pula, kan indah kalau pagi-pagi yang dingin, kami berdua diam sahaja di atas katil mendalami buku masing-masing dan menjadi tua selepas itu dengan mengadakan sesi book review.
Suka kucing dan budak/kanak/bayi. Walaupun kadang-kala saya lebih menyukai anjing daripada kucing kerana mereka tidak buat bodoh apabila kita baling barang dan kata “catch”, tetapi saya tetap setia terhadap kucing. Pasangan saya harus juga menyayangi kucing yang bakal kami bela nanti. Apatah lagi bayi yang bakal kami bela nanti (-_-) JANGAN BILA NAK BELA KUCING DIA CAKAP OKAY BOLEH BELA TAPI YOU SORANG JE CUCI TAHI DIA, FUH TAK BEKERJASAMA BETUL.

Rendah diri.
Pandai masak. I love chefs! Bila dua-dua dah berada di dapur, dapur menjadi seperti ingin mengadakan buffet aww so sweet. Pastu bila dalam pantang takdelah makan makanan bungkus setiap hari tsk. Kena pandai masak char koay teow, asam pedas dan nasi kandar lah at least. At least.
Reti menyesuaikan diri dengan majlis (pemakaian, pergaulan, limitations). Sesetengah lelaki takde ciri yang ini kan? Rugi. Kalau I ada majlis keramaian dan event-event, dia mestilah nak kena ikut kadang-kala supaya boleh “This is my husband, Ive been bragging about”. Haha.
Eh kenapa ciri ini semua macam bukan ciri lelaki idaman, tetapi ciri husband idaman, fuh sungguh advance.
Rambut kacak badan tegap.
Seterusnya, fluent English speaker dan writer sebab I tak terel sangat maka dia kena betulkan sekali-sekala. Tapi dia tidak boleh annoying mentang-mentang terel, semua benda nak betulkan even bila I tengok kekejaman dan kata “That’s mean”, dia sibuk “That means lah sayang”. Allah..
Geliga otak. Sebab I suka membebel off track dan tanya soalan pelik yang kalau jawapan tak memuaskan I takkan diam. Serious I takkan diam. Makan budu untuk geliga otak. Oh nanti I dapat orang Kelantan :B
Masih anak teruna just because we are better off experiencing exciting new things together insyallah.
Sayang ibubapa dan ahli keluarga (milik sendiri dan milik saya). Boleh enjoy raya, birthdays, kenduri di dua-dua belah pihak :’) Tackle me you tacle my family too lebih kuranglah.
Puitis. Maka kita boleh bukukan journal perjalanan kita dan turunkan kat anak cucu cicit untuk mengatakan true love does exist. Selain sepet, puitis adalah seksi. HABIS KALAU SEPET DAN PANDAI BERPUISI?! UISH UISH UISH. Bak datang.
Rajin bersukan. Sepak takraw omg!
Good manners. His every move must be in respect of me. Hisap rokok masa isteri mengandung kat sebelah. Tengah dinner, duduk macam apek, sumpah tak menjadi teladan dan tauladan kepada anak-anak I yang gemuk-gemuk. Haha anak I gemuk-gemuk so cuteeeeeee.
Rockstar.
Tapi ini hanyalah list yang semua orang ada walaupun berbeza kan? Sebab bila cinta datang, semua ciri kena tendang. Its true. Love and sex appeal is complicated. I can have a guy with everything on this list, but if I cant feel it, I cannot fake it. And I can have a guy with nothing crossed from this list, but its a scary chemistry, you cant really explain.
BUT! Ciri yang wajib ada ialah kebolehan melayan I tanpa sempadan. Kena dodoikan bila I terjaga malam, tak boleh gelak lama sangat kalau I mengigau, kena tahu bila nak buat-buat kalah bila main Xbox. Bila duduk berdua dia kena layan sepenuh hati, dia tak boleh biar je I sorang-sorang bebel “Sayang I tak paham kenapa kita wajib tahu tarian poco-poco dalam hidup kita” and the discussion goes on...

No comments:
Post a Comment