_______________________________________________
Waktu tiada wang untuk membeli mainan, saya akan cipta mainan sendiri. Berbekalkan kotak ubat loya Scott's Emulsion, saya balut guna kertas A4 dan gunting kan dua pintu untuk menjadikannya sebuah lemari es (peti sejuk) untuk kegunaan anak patung Barbie saya. Kemudian saya akan mencari manik-manik kecil atau lukis sendiri magnet untuk peti sejuk tersebut. Apabila membeli piza dari Pizza Hut dan mendapat stand kecil berwarna putih di tengah-tengah pizza, saya jadikan ia side table untuk katil Barbie saya, katil Barbie yang di perbuat dari kotak tisu berbalut kain perca berbantalkan batu seremban yang kakak Liana jahit. Itulah mainan-mainan saya waktu kecil yang saya sangat bangga apabila kawan datang rumah dan lihat sendiri bahahah. Bila semua orang baya-baya saya ada rumah Barbie yang mahal dan lengkap, saya guna rak buku sebagai rumah apartment untuk Barbie saya. Hmph engkau dua tingkat aja beli kat Toys R Us. Aku punya 3 tingkat (lepas letak semua buku dan Kamus ke tepi).
Makanya adalah reaksi spontan untuk saya menjadi teruja apabila Uniquely Singapore Tour membawa saya ke MINT Museum Of Toys Singapore. Walaupun seperti mahu tidur hotel sepanjang vacay itu setelah hari yang panjang semalamnya (akan di cerita di entri lain), aku gagahi jua.
Good morning there! I'm your tour guide of the day! Pakailah celak banyak mana, kalau dah sepet memang sepet. *Kredit kepada flash dari camera untuk kemulusan kecerahan kulit yang tidak hakiki.
MINT Museum Of Toys Singapore
Eceh ya ya je tadi ku gagahi jua etc. Bila dah jumpa mainan terus macam nak terbang. That's me Hanis The Tour Guide mocking Astro Boy.
Permulaan tour membawa anda ke tingkat di mana semua mainan adalah mainan angkasa lepas!
Kalau anda perasan, kebanyakan mainan zaman dulu adalah hand-painted dan berasaskan aluminium/tin. Even kotak mainan tersebut adalah unik kerana setiap satunya dicat menggunakan tangan. Diberitahu bahawa kalau mainan ini dikopak satu persatu akan nampak perkataan Horlicks atau Jacobs kerana ia adalah daripada tin-tin yang dikitarsemula. Wah mereka kitar semula dah 100tahun yang lalu. Kita baru terhegeh-hegeh nak start sekarang.
Kemudian tour membawa anda ke tingkat Childhood Favourites!
Untuk membezakan produksi mainan Mickey Mouse dari England dan dari America, Mickey dari England ada gigi.
Teddy bears yang terawal berdiri seperti beruang sebenar.
Ia seakan-akan memandang kita. Comel!
Seronok melihat setiap satu mainan ada sejarah masing-masing.
Dulu tidak mengapa jika mereka digelar nigger.
Antara Barbie yang terawal. Lama juga patung Barbie wujud hanya dalam versi kulit putih. Zaman sekarang baru ada kulit hitam dan kulit kuning (Asian).
Kereta untuk budak kecil dibuat teliti dan siap berlapik tempat duduknya. Semua menyerupai kereta sebenar, pintu aja tak boleh buka. Kereta budak kecil zaman sekarang berwarna-warni extravaganza (-_-")
Mainan juga melambangkan sesuatu negara. Ini adalah contoh mainan dari German.
Mainan di sana di jual dalam satu set yang mengandungi item-item kecil yang banyak seperti di atas. Tapi boleh di lihat betapa mereka tak compromise dengan kualiti, setiap satunya dibentuk elok dan dicat teliti menggunakan tangan. Detailings dan kualiti yang memang superb.
Pengajaran? Belilah kereta dari German. Berkualiti.
Pengajaran? Belilah kereta dari German. Berkualiti.
Kadang-kadang ada juga mainan yang kita lihat macam tak make sense. Contohnya yang ini. Tapi mainan kanak-kanak memang supposed to be that way sebab mereka terlalu imaginative.
Bila belajar tentang sejarah mainan, ada juga mainan yang dihasilkan untuk tujuan menyebarkan propaganda. Contohnya yang ini di mana budak lelaki di China diajar membenci Westerners.
Red Postman yang berwarna hijau.
Ini ialah your regular squeaky toys. Except dibuat dalam rupa budak cina memijak kepala orang putih berhidung mancung.
Liberation Truck.
Child Shooting. Percaya atau tidak ini adalah mainan yang dijumpai diproduce dan dijual di Segamat dengan harga RM5. Owner museum ini terus borong semua yang ada untuk menjaga nilainya, dan kini ia bernilai USD200 setiap ketul. Haha ambil kau aku bold perkataan Segamat terus.
Child Shooting. Percaya atau tidak ini adalah mainan yang dijumpai diproduce dan dijual di Segamat dengan harga RM5. Owner museum ini terus borong semua yang ada untuk menjaga nilainya, dan kini ia bernilai USD200 setiap ketul. Haha ambil kau aku bold perkataan Segamat terus.
Saya tebus dengan gambar ini.
No comments:
Post a Comment