Terang-terang Touch 'n Go Mudahkan Hidup

Anda memandu pada kelajuan 60km/h sambil perlahan-lahan kaki tekan brek nak slow down sambil cari kad Touch 'n Go anda . Setelah ia berada dalam tangan, terjeling pula mata ke kiri dan terlihat satu pemandangan di mana kereta berduyun-duyun dekat lane tunai, ada yang cuba nak menyelit, ada yang menghimpit ke depan tak bagi chance kepada yang si tak reti beratur. Anda terkekeh dalam hati, “Apa bendalah diorang nih, setiap hari ulang-alik tol yang sama, lalui keperitan yang sama, duduk jugak kat takuk lama taknak beli Touch 'n Go”, sambil tangan melambai goodbye kepada mereka. Okay tak, yang tangan melambai tuh mungkin anda tak buat, I jer.





Hehehe selalu tak alami scenario di atas?! Geram kan? Sampai kadang-kadang rasa nak pergi tolong jualkan kad Touch N Go tuh, ketuk tingkap kereta orang “bang beli bang jangan takut pada perubahan, give change a chance bang”. LOL.









Gotta love my Touch 'n Go.





Bukan sahaja lancar perjalanan di tol, tapi senang juga bila parked kereta dekat malls, takyah pusing keliling cari mesin pembayaran bila nak balik, sebab hanya perlu touchhh. Autopay mana, autopay? <---most hated question of all time. Dan sekarang siapa naik bas RapidKL pun dah tahu dah kesenangan bila ada Touch 'n Go, baby!





Terbaru,Touch 'n Go nak berterima kasih pada penggunanya sambil-sambil introduce perkhidmatan untuk bus RapidKL ini. Siapa yang memang turun naik bas ini setiap hari saya galakkan SILALAH REGISTER CEPAT kalau tak rugi je, sebab pertandingan yang saya nak hebahkan ini hanya perlu anda accumulate points guna card anda tu jerrrr. Easy peasy.





TENGOKLAH HADIAH DIA HOYYY:



Grand Prize : IPad 2 : 13 winners

2nd Prize : Samsung Galaxy Mini : 13 winners

3rd Prize : Movie Vouchers (5 months) : 26 winners (2 weekly)

Consolation Prize : Touch ‘n Go reload vouchers worth RM100 : 130 winners (10 weekly)





Dah berminat? Hihihihihihi register sekarang. Lepas register terus dah boleh accumulate points bila turun naik bus RapidKL guna kad anda tuh.



Via SMS

Type in RTW Touch ‘n Go serial card number I/C or Passport Number Name and send to 33080.



Via Web

Log on to www.touchngo.com.my/rtw and click on “Register Now”. Fill out the fields specified.







Sebelum berpisah, sedikit pesanan komuniti dari Hanis Zalikha, “bang beli bang jangan takut pada perubahan, give change a chance bang”.



No comments:

Post a Comment