Sekilas update tentang persiapan Raya.

Hello.





Semasa menaip ini, saya baru lepas terbalikkan biskut cornflakes atas dulang supaya ia sejuk dan rangup. Dari selepas Asar tadi saya duduk menggentel kuih-kuih last minute ini semua demi rakan tercinta yang sudah bertanyakan perihal kuih mereka. Ini semua salah segelintir pelanggan emak yang tidak make up their mind nak order, so takde dalam record kami, then bila dah dekat Raya gelabah takde kuih dalam kabinet masing-masing, terus bank in duit dan ngaku dah order. WAH WAH WAH. Habis terkorban orders dari kawan-kawan saya (sebab diorang rapat dan baik hati, so bolehlah kata kuih dah habis minta maaf zahir batin). Even Liana Khairul yang order dari Melbourne nak suruh mak dia postkan, terpaksa saya BBM pagi tadi OMG BABE KUIH I DAH HABIS! I SENDIRI TAKDE KUIH! Sorry babe, I know you're reading this, nanti ada masa I fly Oz gi jumpa you (berlagak seperti belakang rumah ada pokok duit).




Tengahari tadi dahlah kena buat Raya task paling bosan dalam dunia iaitu menggoreng kacang. Lepas goreng of courselah kena buat Raya task kedua terbosan dalam dunia iaitu mengupas kulit kacang guna napkin bayi. Waktu sibuk di belakang tiup-tiup kulit kacang, Aunty Asma jiran yang pemurah selalu bagi pinjamkan cocoa powder bila dah habis, datang menjengguk I yang sedang sibuk role-playing bibik. Pastu Aunty Asma kata setiap tahun dia beli yang dah readymade, kacang tanah tanpa kulit, 1kg RM7.oo jer. MAMA SILA BERI UPAH SAYA 1KG RM7.00 SEKARANG.




Alahai panasnya tak buka kipas sebab Daddy tengah sibuk cat dinding. Sambil Mama tengah bakar kek. Berlatarbelakangkan lagu Black Dog Bone, suasana Raya kian terasa. Adik-beradik saya mana, anda bertanya? Pastilah sedang RAYA SHOPPING DEKAT ONE UTAMA TANPA SAYA SEBAB TADI SEMUA PERGI BUKA PUASA KAT SEOUL GARDEN TAPI SAYA TAK PERGI SEBAB TUA PENING KEPALA BERPINAR PANDANGAN. Tapi saya dah okay, tak pening lagi. Lepas kenyang Mama bungkuskan lamb chop dalam handbag dia untuk saya. Eh.




No comments:

Post a Comment