I rest my case

A close friend of mine told me this story some time ago. I dont want to elaborate my thoughts on it, I will let you judge by yourself. Kawan rapat saya ceritakan hal ini kepada saya pada satu masa dahulu. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentangnya, saya akan biar anda berfikir dan adili sendiri. Dwibahasa ends now.



Kes 1.
Sebuah laptop didapati hilang di kolej lelaki. Kejadian kecurian direport kepada abe-abe senior. Pencuri dicari dan diterjah zass. Laptop ditemui dan di jejak kasihkan kepada owner laptop. Pencuri yang berada di tangan abe-abe senior di bawa dari satu bilik ke satu bilik untuk dibelasah. Pembelasahan berterusan dari bilik-bilik di tingkat tertinggi hingga ground floor. Laptop jumpa, kes kecurian pula, tunggu 3-4 bulan baru ada balik.




Kes 2.
Sebuah laptop didapati hilang di kolej perempuan. Aduan dibuat kepada Unit Kolej. Pelajar dimarah akibat cuai. Kes ditutup. Lagi 3-4 hari kes yang lebih kurang sama akan kedengaran.




Seniority? Bekerjasama membanteras jenayah? Barang masing-masing sendiri mahu ingat? Serahkan pada pihak berkuasa? Perempuan harus belajar membelasah juga? Mana nak beli mangga untuk laptop? You be the judge.


No comments:

Post a Comment