Barang yang perlu dibawa ke UiTM (Episod 2)


Hai bertemu lagi dalam rancangaaaaaan Barang Yang Perlu Dibawa Ke UiTM! Bersama hos andaaa tidak lain dan tidak bukan, Hamis Jalikha (kalau dalam gambar, dia yang takde muka tuh). Dia sorang je hos. Yang lain itu semua camera crew, mekap artis, artis rakaman etc.



Sebelum kita ke destinasi shopping kita, terlebih dahulu, jemputan perkahwinan "Aunty kepada bayi yang saya jaga" harus dipenuhi. Kerana kami sangat sayangkan Dahlia, dan rindu setelah 2hari tidak berjumpa.

Walaupun ngantuk, kepenatan dan berlemuih, Dahlia masih mampu bergelak ketawa bersama.



Betapa I sayang si boroi botak ini, tengah makan nasi minyak pun pegang je :')



Baiklah setelah beberapa destinasi lain dipenuhi, tidak perlulah dinyatakan di sini ya, kita akan terus ke Ikea untuk membeli barangan untuk bilik di kolej nanti!




Tidak pasti mengapa berpegangan tangan dengan crew-crew belakang tabir.




Kita berhenti untuk beri laluan kepada pesanan penaja.




Penaja pesan, pergi Ikea beli hotdog kecas-kecus.




Comel gila gaduh nak letak mustard ke tak.




Penaja sempat berpesan lagi, takyah nak berjimat-cermat sangat kalau datang Ikea. Kwanghaja penaja nih.



OMG EMAK NAMPAK CANTIK DI SINI. Okay iklan tamat.





Apabila hos berehat sebentar, inilah jadinya.



ALISYA MENGAPAKAH ANDA SUNGGUH GORGEOUS?!





Sempat..




Camera crews, bila hos leka je mulalah.



OKAY PUAN-PUAN! HOS ANDA AMAT TERUJA APABILA TERJUMPA KARPET YANG SUNGGUH CERIA DAN MURAH!

Beg di atas sebenarnya dibeli untuk letak buku pakai pergi kelas/kuliah heh. Tapi terpakai pergi jalan-jalan pula. Takpe warm up kan dia. Kang terkejut pula dia tiba-tiba kena bawa buku Costing.



Tengok hos nih punya gelabah teruja lipat karpet, gambar segmen karpet je dah berapa keping dah.



Okay letih, kita jumpa selepas iklan ini.



Iklan: Perlukan buruh kanak-kanak?



Haha wtf. Iklan tamat.

Segmen, cuba teka apa lagi saya beli?



Aww mestilah yang rekacipta paling seksi.



Eh ni bukan model iklan buruh tadi ke?




Bagus.






Masa yang tidak dinanti-nantikan telah tiba. Masa untuk bayar. Mana penaja bila kita perlukan?!?!



Muka senyum keluar duit tapi dalam hati siapa yang tahu ceh ceh.



Candid pun masih senyum lagi. Pandai bermuka-muka.




Kalau terbaca benda nih je terus cepat-cepat simpan semua pensel dalam handbag.


No comments:

Post a Comment