Kekna Kahwin: Bertandang

Bertandang membawa maksud... entah, I cari kat Google semua tak keluar maksud, nak pergi ambil kamus berat punggung, tapi yang I tahu ia adalah sebahagian daripada adat di mana keluarga pengantin menjadi tetamu dan diraikan besar-besaran di rumah pasangan kepada pengantin itu. Ohhhh..... maksudnya, makan?



Ya, nampaknya begitulah.



Gambar-gambar di sini hanya dari kamera kecilku, jadi tak banyak. Gambar saudara-mara pun tak tertangkap dalam ini sobs. Tapi terima kasih sangat kepada yang ikut rombongan. Terima kasih memeriahkan rombongan Incik Jenal dan Puan Nani :')

 Itulah haircut baru adik lelaki ku Imran yang sudah tinggi melanjau mengalahkan kakaknya yang konon model tapi cuma 5'6'.


Adik lelaki lagi seorang si Khairi yang paling tinggi dalam adik-beradik sekarang. Tapi belum boleh lawan Daddy, sorry try again next time.


 Menepung-tawar membawa maksud membaling tepung yang tidak berperisa kepada sang mempelai. Atau dalam kes ini, kelopak-kelopak bunga pun jadi.



 Entiti kecil yang turut serta upacara tepung-tawar tadi ialah sepupu cilikku yang banyak keletahhh! Ini pula dia di screen besar, naik ke pentas main di pelamin sambil penyanyi tengah feeling bawa lagu Anuar Zain (what are weddings without Anuar Zain's songs?). 

Bila penyanyi tuh stop and suruh dia nyanyi, terkeluar lagu Satu Malaysia Lim Kok Wing kita satu bangsaaa satu negaraaa, kita satu matlamat ooooo.. LOL naughty Qish.





Haffiz segak bersongkok ikut Daddy. Tak dapek show off new haircut.




Cari perbezaan gambar.


 ♥


Uhhhhh alamak itu sahaja gambar dari kameraku. Gambar dengan keluarga Boiri pun takde LOL apekah. Dan maaflah bertangguh-tangguh entri perkahwinan. Korang ni kannnnn, suka tau pasal kahwin-kahwin!!!

No comments:

Post a Comment