Sabar jelah aku

Dalam adik-beradik, sayalah anak yang tak pernah bagi surat jemputan Hari Kecemerlangan dekat mak bapak. Kalau ada pun sekali je. Masa jadi pengawas Darjah 6. Itupun setakat ambil sijil pengawas tanpa jawatan apa-apa. Lame habis.

Walaupun saya paling cepat cakap antara adik-beradik (mak bapak mesti ingatkan genius dah lah), tapi bila saya sekolah saya paling corot dalam pelajaran. Sebab dalam kelas kuat potpet, kuat berangan, kuat lukis komik. Kalau satu hari cikgu kata, "okay cikgu nak tukarkan tempat kamu semua", sebenarnya motif utama nak pisahkan saya dari siapa-siapa lah tu, eleh macam lah saya tak tahu. Hmph. Cikgu banyak tak minat dengan saya sebab masa Darjah 5 semua orang dapat A untuk ujian bulanan Math, saya dengan Syakir je dapat B. TAPI TAK ADIL NAK KATA SAYA BODOH SEBAB TERSELANG SATU SOALAN MASA HITAMKAN KERTAS OBJEKTIFFFFFFFF. Oh geram itu masih ada lagi rupanya teehee.

Masa sekolah menengah memang jenis yang tak buat homework atau buat cepat-cepat masa perhimpunan. Cikgu Math pun geram sebab selalu tak bawa buku. Yelah banyak siot buku latihan math, MATH 1, MATH 2, MATH 3, MATH 4 macam mana nak jaga semua, mestilah ada dua bawah TV. Bila tanya kenapa tak bawak buku, cakap lupa. Bukan lupa nak bawa, lupa nak cari heh. Memang dulu benci Math ah, sebab tuh memori banyak ingat cikgu Math je.

Cikgu yang sayang saya pun cuma cikgu-cikgu English ngan BM. Sebab kalau exam suka merapu lebih panjang dari rakan sekelas :')

Bila masuk universiti baru belajar betul-betul. Sebab pikir nak guna ilmu tuh masa kerja nanti. Agak lambat sebenarnya nak belajar betul-betul sepenuh hati. Kalau tak potpet sangat dalam kelas dulu kan senang, mesti mak bapak selalu pergi Hari Kecemerlangan kita. Sorry :(



SELAMAT HARI GURU

kepada

Ibu
Bapa
Adik-beradik
Rakan taulan
Guru Tadika, Guru Sekolah Rendah, Guru Sekolah Menengah, Pensyarah, Guru Tusyen, Guru Ganti
&
Semua pengalaman saya.

No comments:

Post a Comment