Ini ialah contoh sarapan saya (kalau bukan Nasi Lemak). Kalau di rumah lebih proper daripada di hostel sebab dapat simpan susu segar dalam peti sejuk. Saya dari dulu tidak berubah, macam budak kecil, hanya suka minum air sejuk sahaja :B
Ini pula makanan supper saya sebelum tidur. Untuk nyenyak tidur, saya minum susu. Atau hirup susu sambil kunyah bebola cokelat rangup -_- Sebab minum susulah saya nyenyak tidur macam bayi dan berupaya bangun awal pagi sebelum matahari menyapa. Wah. Bila tidur cukup, kulit juga boleh jadi cantik! Atau mungkin sebab selalu minum susu kulit cantik? Yeah, that must be it.
Waktu jadi peragawati dulu, selain perlu tambah ketinggian dan jaga kulit, kehidupan memang hectic di mana pagi-pagi tak sempat sarapan dan sebagainya. Jadi wajib menyimpan satu botol susu dalam tas tangan. Sebotol susu yang adult punya ya -_- Jangan nak bayang mengarut-ngarut. Apabila sudah menjadi pelajar kembali, selalunya susu teman saya ke kelas pagi kerana tidak mahu perut kosong waktu mendengar hujahan pensyarah. Barulah ilmu masuk ke hotak. Wacheh. Semenjak itu, susu menjadi BFF.
Saya pernah dengar orang kata minum susu menggemukkan. Rasa nak sekeh orang itu. Susu menyihatkan badan, mencantikkan kulit, menambahkan ketinggian, menguatkan tulang ish banyak sangat khasiat dan kelebihan nak list kan. Tak paham kenapa ada orang tak suka minum susu. Dia macam ni, kalau tak suka minum susu, think of all the benefits, minum perlahan-lahan, lama-lama mesti suka juga. Hello, susu kot, benda first kau minum dalam dunia *ketegasan mendadak*
Dari kecil suka minum susu, sehingga besar, kesukaan itu masih belum pudar. Sungguh setia. Ahad nanti (30 Mei 2010), di Pavilion pada pukul 10pagi ada event sempena World Milk Day. World Milk Day sebenarnya dicipta oleh UN untuk tingkatkan kesedaran masyarakat dunia tentang kepentingan susu. Di seluruh dunia, World Milk Day akan disambut pada setiap 1 Jun dengan cara mereka tersendiri. Bila dikaji, penduduk Malaysia sangat kurang minum susu (purata hanya segelas seminggu). Jadi mereka nak cecah 2500 orang minum susu dalam satu masa untuk Malaysia Book of Records, Ahad 30 Mei ini. Boleh usha dulu di website Dutchlady Milk. Jom teman saya? Jadikan susu BFF anda jugak. Jumpa di sana!
No comments:
Post a Comment