Hari di mulakan dengan mandi-mandi, nyanyi-nyanyi, siap-siap, eh asal semua kata ganda? Kemudian webcam-webcam.
Diteruskan dengan berjumpa Qi di Hornbill Café & Restaurant untuk dia diinterview media. Mengomel tentang Destinasi Budget, cerita online yang dia host untuk www.MAStraveller.com . Best kot dengar dia cerita, lagi I teringin nak jadi travel host! Aaaaa T_T
Destinasi Bajet adalah mini series di wesite MAS yang membuktikan bagaimana travel dengan bajet yang ketat adalah tidak mustahil! Banyak tips yang kita perlu kalau nak melancong secara bajet disertakan dalam cerita ini. Tempat yang kita nak pergi, tempat kita nak tidur, tempat kita nak makan.
Dia pergi Jogja, Ho Chi Minh, Hanoi, Phnom Penh, Singapore, Jakarta plus Bandung. Comel bila dia cerita pasal Vietnam sebab language barrier. Tapi Vietnam best sangat katanya sebab ada 4musim, masa dia pergi tengah musim bunga maka agak sejuk ya adik-adik.
Ada banyaaak sangat travelling tips tapi bila rajin sila godek sendiri dekat website MAS Traveller. Especially if you’re travelling to a country for the first time, baik check it out sebelum pergi. Saya rasa kalau nak melancong, first step ialah pergi website ni. Untuk book tiket, satu, tapi serious website ni memang sediakan banyak guide so sangat complete, harus untuk take note. Aaand boleh tengok Qi membebel dengan comel masa pergi negara-negara asia (dia tunjuk tempat best yang wajib pergi).
Destinasi Bajet! That’s Qi and Cheryl Samad!
Saya sudah tonton episode terbaru, Qi pergi Jakarta! Nanti pergi Jakarta esok nak pergi semua tempat yang dia pergi. And! Naik basikal yang comel Qi naik tuh, pusing2 bandar! So cute!
Setiap destinasi ada bajet tau (RM700). Maka sepanjang episode tuh, dia akan calculate everything all the time, so kita boleh tahu harga transport sepatutnya berapa, naik bas berapa naik teksi berapa. Nanti takdelah kena tipu. The best episode so far is of course, Kota Kinabalu. Because I’ve been there dan trip itu sungguh terpalit di ingatan LOL. Go watch it here now.
Sejurus selepas itu, Qi perlu diphotograph untuk suratkhabar segala, maka dapatlah masuk KL Birdpark yeay! Seronok-seronok. What is it with me and kata ganda eh sebenarnya?
Haha look at Qi trying to get the peacock to show off the colourful feathers. So boleh imagine Qi macam mana dalam Destinasi Bajet.
Paling manja. Em parrots!
End of KL Birdpark adventure. Sesudah itu pergi salon rambut terpilih.
Happy! Kawal happy dengan muka vogue, jangan marah you.
Hari disudahkan dengan makan dinner di Dome KLCC selepas mama pick up Imran from school. Lama gila tak jejak tempat ini. Waiter comel bernama Irham datang berkata “You Hanis kan? Omg bukan you selalu lepak Delicious je ke?” Lol comel avid reader aku sorang ni :’)
Kebuloq. Kawal kebuloq dengan muka vogue, jangan marah you.
Memang perlu deretkan tiga gambar makanan agaknya.
Itu sahaja laporan dari saya, interview Qi boleh dibaca di sini.
Selamat menonton!
OhSoRandom: Esok saya ke Jakarta, 5 pagi. Belum bersedia, secara emosi mahupun bagasi.
No comments:
Post a Comment