Dapatkan rambut ikal mayang begini!

Okay pada suatu pagi Khamis yang tenang, terjaganya seorang insan dari tidur yang lena (okay tipu tak berapa nak lena sebenarnya dengan bantal layu kapas dah penyek). Lalu terlintas untuk membuat video tentang rambut ikal yang biasa dia dapatkan dari menyanggul rambut pada waktu-waktu genting seperti mekap dan basuh pinggan. Kadang-kala sanggul rambut sehingga satu hari suntuk!

Baiklah ini videonya, maafkan saya tidak tahu kenapa kualiti video macam kualiti skrin tv kotak letak kat dashboard lori ayam. Saya harap ia membantu dan menjawab berkepuk-kepuk email anda semuaaa tentang rambut ikal. Sebab cuaca yang panas dan rambut yang langsuir, saya selalu mengenakan sanggul dengan teknik tersendiri. Bila buka sanggul macam eh eh tak perlu pergi saloonlah -_- So saja nak share. Video ini untuk perempuan aje. Takde benda best pun hanya sanggul dan di penghujung ada sedikit cara pakai celak yang macam bila ditonton balik, sungguh tak perlu. Sudahlah masih demam nak buat video, sungguh blur dan membebel banyak sangat. Kalau korang perasan, video ni banyak kena cut, tak, bukan I buat benda tak senonoh sampai Youtube user flagged, tapi sebab bebelan I bila dengar balik semua crap dan rasa nak tampar kucing kat sebelah.


I BARU PERASAN AMARAN AWAL PUN I DAH CUT SEBAB HODOH BEBEL BANYAK SANGAT. AMARAN AWAL IALAH SUARA I YANG SEDIA GARAU DIGARAUKAN LAGI DENGAN TAHAP KESIHATAN BADAN BYE. Pastu I tak berapa ceria dah sebab terpaksa buat video dua kali bila half way tiba-tiba battery kong T_T




Ada masa tengok video maksudnya memang tengah tak buat apa-apa maksudnya anda memang takde benda nak buat maksudnya sila dengar baik-baik. Eh, baca elok-elok. Sekarang pergi melawat website beli-belah musik dan kertas dinding (wallpaper) di mana mereka sedang menjalankan sale besar-besaran sehingga 50% pada waktu-waktu terpilih yang dikenali sebagai waktu gembira, nama komersial Happy Hour. Pergi sekarang, kelik sini. Bersama-sama kita nikmati Xpax Big Freekin Sale, ewah! Info tambahan: Cuba menang Mac Book atau Blackberry atau PSP. Cuba.

No comments:

Post a Comment