20 Finalis Saya Nak Cuti!


Wah nampaknya ramai menyahut cabaran entri Saya Nak Cuti tempoh hari. MAS kata dia terima more than 3000 entries pewit pewit. Oh nak challenge I punya Limau Bali entri yaaa (padahal I tak submit pun teehee, kan dah cakap itu mock entryy). Okay sekarang nak tengok kanak-kanak terpilih (Digimon) okay okay maaf main-main pula, sekarang nak tengok 20 orang yang terpilih untuk bersaing mendapat tempat 7 tertinggi dan mengacara rancangan percutian sendiri!



Sebenarnya semua calon datang dengan cerita masing-masing, ayuh diringkaskan dan anda boleh decide siapa dapat tempat-tempat ketujuh tertinggi dengan mengundi.

Baiklah yang nak pergi Hanoi ada 3 orang.

Dahlia (50) calonkan anak dia pergi Hanoi sebab dia janji nak bagi anak dia bercuti kalau dapat CGPA 4.0. Pastu anak dia gempak sebab dapat 4 flat jadi terpaksalah mak dia a.k.a Dahlia masuk pertandingan ini supaya tidak hanya menanam tebu di tepi bibir.




Mariam (31) si orang kuat Bijou Bazar memang kuat sebab bekerja tanpa rehat yang cukup untuk 2 tahun berturut-turut. Kalau anda tak pernah pergi Bijou Bazar anda memang rugi sebab semua baju dan kasut secondhand sungguh cantik. Maka selama ini Mariam asyik dok menguruskan orang (para penjaja Bijou Bazar), sudah sampai masanya dia menguruskan percutian untuk diri sendiri.






Gambar isteri Yusmal. Yusmal (36) merupakan seorang pengacara televisyen walaupun tidak pasti rancangan apa. Maka isterinya cemburu hati melihat kerjaya si suami yang sungguh seronok dan glemer. Suami yang baik hati pun menyertai pertandingan ini untuk menghadiahkan percutian percuma dan peluang jadi pengacara (ha nanti baru you tahu susah senang mengacara, suara dalaman suami barangkali) kepada sang isteri.



Yang nak pergi Manila pun ada 3 orang.




Luqman (25) mengadu dirinya sebagai orang kerja kerajaan tidak pernah cukup wang untuk bercuti luar negara. Simpan-simpan, mesti habis. Simpan-simpan, mesti habis. Eh pandai-pandai I fitnah simpan-simpan mesti habis haha. Hanis berhenti main-main. Okay tapi betullah dia teringin nak melancong tapi tak pernah cukup wang. Mungkin dia simpan untuk kahwin kot siapa yang tahu T_T ATAU MUNGKIN DAH KAHWIN??! (Sebab itu tak cukup-cukup -_-)



Sheela yang pernah memenangi pertandingan Carefree Queen juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Akibat hobi memasuki pertandingan, kini dia mencuba nasib untuk Saya Nak Cuti pula.



Jamal (64) ialah seorang Scout Commissioner. Apakah Scout Commissioner dalam Bahasa Melayu? Tapi yang penting dia suka kumpul barang-barang pengembaraan. Dia pernah tolong seorang gadis di Manila satu masa dahulu, dan teringin nak tengok kalau perempuan itu masih sihat walafiat. Ecececehh.



Yang nak terbang ke Bali pun ramai! Mungkin terinfluenced dengan entri limau bali I?


Tahun lepas, Iskandar Rapek (38) ditimpa malang berturut-turut apabila disamun, dirompak dan dicederakan oleh orang jahat (hehe comel sebut orang jahat). Maka dia ingin mulakan tahun baru dengan satu percutian yang hebat di Bali. Nak mandi bunga mungkin?






Juliana (31) merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains. Dia juga seorang pengembara, penari gelek (belly dancer takkan penari perut kan dalam bahasa Melayu) dan macam-macam lagilah yang dia gambarkan dirinya. Apa yang crucial sekarang dia nak naik kuda kat Bali.


Seorang ahli Biologi bernama Azneal (24) akan pertama kali menaiki kapal terbang kalau menang ini.




Viki dicalonkan oleh Kanmani (32) kerana Viki rapat dengan ayahnya seorang tour guide. Ayah Viki baru meninggal dunia, mungkin percutian ini akan memberi harapan baru pada Viki. Tapi macam mana Viki nak mengacara kalau dia masih bersedih? Takpe itu bukan masalahnya, menang dulu, yang lain kita cerita nanti.




Destinasi seterusnya, Bangkok dan Phuket!




Amirol (25) dari Shah Alam kata dia perlukan cuti sebab dia kerja siang dan pada malamnya dia belajar. Gigih betul usahawan merangkap pelajar kejuruteraan ini. Ha nak buat apa kat Bangkok!



Fizlah (45) seorang ibu tunggal ingin pergi menyelam di Phuket sebagai hadiah kepada diri sendiri.



Ho Chi Minh
Sarah (24) calonkan kakaknya yang menghidapi penyakit rheumatoid arthritis, dan sukakan fotografi.





Madina (31) ada darah Vietnam sebelah mak dia. Maka dia teringin nak pergi sana jumpa saudara-mara yang dia tak pernah jumpa sebab lahir-lahir kat Thailand terus pindah Malaysia.



Kemudian, ada yang nak terbang ke Yangon.




Where in the world is Yangon? Ha Melvin (26) seorang anak bandar yang suka underdeveloped nations, hence Yangon adalah destinasi pilihannya. Underdeveloped nation kira benua yang tidak maju lah. Kan? Tolong betulkan please apakah direct translationnya. Fakta rawak, Melvin jurutera komunikasi dekat Motorola. Lama tak dengar perkataan Motorola!



Cebu


Dulu, Sharom (30) merupakan seorang ahli musik. I like the word ahli musik! Macam “bapak tak suka sama itu ahli musik!”. Wah sempat melencong. Okay anyway, Sharom claimed hidupnya dah berubah sejak pergi Mekah. Kini dia nak pergi Cebu.






Yogyakarta


Waktu gempa bumi besar-besaran dekat Yogyakarta suatu ketika dahulu, Alif (20) pernah ikuti Persatuan Bulan Sabit Merah bersukarela di situ. Kini dia nak datang balik kampung yang dia tolong dulu, dan lihat keadaannya sekarang. Murni impian :’)





Dan yang di dalam Malaysia jeng jeng jeng.


Afandi (35) nak pergi Tawau je. Tawau je pun cukuplah. Asalkan ada laut. Ada hidupan laut. Hehe sebab dia suka underwater photography!






Siti Nur Aishah (26) ada kawan dekat Sabah, so diorang berjanji-janji nak daki Gunung Kinabalu sama-sama. Asal I dengan bestfriend tak berjanji-janji daki gunung macam ni? Selalu janji nak pergi shopping leggings je (-_-"). Maka kalau menang pertandingan ni, kan dah save tiket flight yeay!






Nur Fadhilah (21) pula nak lawat Sandakan. Sebab dia ni doktor haiwan untuk Orang Utans. Jadi dia nak pergi Sandakan, tengok Orang Utans yang bukan dekat dalam kandang/sangkar/hospital. Orang Utan yang berada dalam habitat asal, gayut-gayut, main kutu ramai-ramai (tunggu turn bulan berapa nak dapat duit haha).



Itu dia tadi kesemua 20 calon, diringkaskan oleh saya. Penat saya membebel, siapa yang anda rasa layak diberi peluang? Pilih kak pilih pilih.

No comments:

Post a Comment