Fuish lama benar tak update belog. Ini nak update pun hanya update ringkas nak mengingatkan para pembaca untuk menjaga harta benda awam. Kita kena jaga harta benda awam sebab harta benda awam kita nak guna sama-sama dengan orang lain. Habis tuh? Harta benda sendiri tak perlu jaga ke? Oh harta benda sendiri pun kena jaga juga. Sebab harta benda sendiri, kalau letak luar bilik, orang lain ingat harta benda awam. Dia ingat kalau sama saiz boleh jadi kegunaan bersama. Maka! Di sini ingin saya tekankan *sambil tekan keyboard kuat-kuat, bersungguh betul menaip*, bahawa pencuri berada di mana-mana.
Mungkin kes Crocs original kena curi macam dah biasa dengar, so ramai dah berwaspada simpan Crocs kat dalam bilik T_T Tapi yang kelakar kenapa Jigbits Jibbitz kena curi tanpa Crocsnya? Jibbitz adalah menatang kecil menyerupai character-character kartun atau objek comel lain, yang dibuat perhiasan pada lubang udara Crocs. Pergh terbaik definition kalah kamus simpulan bahasa bergambar.
Itu satu kes, lagi satu kes terkena kawan sendiri di mana penjenayah baca dan guna nama yang tertera kat pintu bilik, dan gunakan sebagai alat memudahkan proses mencuri. TAK BUKAN PUKAU KE APA HESH KORANG NEH SUKA YANG MISTIK-MISTIK JE. Maksud I, dia baca nama tuh, then ketuk pintu, then mengaku dekat roommate mangsa, yang dia kenal mangsa, yang dia dah sms mangsa untuk ambil seluar jeans dalam almari. Maka roommate pun tidak syak apa-apa dan kata "Oh okay, itu almari mangsa" *sambil tunjuk almari*. Eh. Kelakar pulak macam nama orang tuh Mangsa. Hish roommate ni kan, tak baik tau panggil macam tuh.
TAK BAIK PANGGIL I MANGSA WALAUPUN CROCS I YANG KENA CURIK. CROCS BERCORAK HARIMAU BINTANG AKA LEOPARD, KURANG ASAM BETUL. Semua orang bila dengar cerita I akan cuba comfortkan dengan berkata "Takpa bior kan pencuri tuh kaki dia kurap". I tak paham. I tak paham dia nak fitnah I dan kata nanti pencuri tuh kena kurap sebab I tak jaga kebersihan kaki so bila share Crocs terjangkit, atau dia nak sumpah pencuri tuh sebab buat jahat. Sebenarnya tak elok tau sumpah orang macam tuh walaupun dia buat jahat kat kita. Siapalah kita nak tentukan orang patut kena apa dan apa.
Jadi sekarang, apa yang kita boleh lakukan cumalah, strategise! Kita harus set strategi, untuk bersama membanteras jenayah. Mesra, cepat dan betul. Ke cepat betul mesra? Eppp biasa dia abang polis cepat betul mesra.
Balas dendam woh beli dua warna terus hehe. Takpe ada hikmah di sebalik semua ni. Kan dah dapat Crocs range terkini di pasaran (I saw only these two colours available, not sure for other outlets, I bought in One Utama, RM169.00 each). Team Benzema for the win! Loveeeeeee ♥
Membebel banyak-banyak, cara banteras jenayahnya tak sebut lagi. Haha. Okay, macam I dan roommate tersayang, Linda. Kami dah buat secret code untuk bilik kami. Sesiapa di amanahkan ambil barang dari bilik atau kalau ada orang nak pinjam tapi kita takde kat bilik, baru akan diberikan secret code ini hehe. SECRET CODE KITORANG COMEL GILA TAPI TAK BOLEH REVEAL SEBAB SECRET HEHEHEHE *gelak comel sambil sapu-sapu dua tapak tangan macam nak rangka pelan jahat*. So misalnya kawan Linda datang bilik kata nak pinjam barang tapi Linda takde, I akan tanya "What's the secret code?". Tapi kalau pinjam hanger pinjam baldi semua takyah lah. Gedik gila nak secret code semua benda.
No comments:
Post a Comment