Why Ladies Need To Be Very Afraid.

Fuh dah makin menjadi-jadi kes orang hilang/orang nak kena culik/hampir dirogol/dirogol. Antara yang terbaru dan paling menonjol ialah berita perempuan yang hampir diculik dekat carpark The Curve, sebab diceritakan sendiri oleh mangsa, jarang kita dapat insight from the survivor themselves. Ada lagi satu berita yang perempuan terlepas dari penculik, dan dalam van tersebut dia kata ada 4 lagi perempuan tengah menangis. Dia terdengar yang driver van tuh cakap nak jual wanita nih semua, oh.. my.. God.


Okay sekarang... Kita letak polis, masyarakat, kerajaan, management carpark The Curve, NGO, rukun tetangga semua ke tepi dan pikir sendiri, macam mana diri ini nak sentiasa selamat? So ladies... my word of advice would be:


BE AFRAID. BE VERY AFRAID.

Kenapa? Kenapa kau suruh orang hidup dalam ketakutan wahai Hamis? Apakah yang cuba diketengahkan di sini?!! Baiklah, biar saya beri pencerahan kenapa saya suruh semua perempuan di Malaysia supaya takut/cuak/paranoid.

Bila kita takut, kita takkan berlagak terel. Takdelah berlagak yang wanita boleh buat semua benda seorang diri, kononnya Miss Independent. Jadi bila kita penakut, kita mesti sentiasa nak berteman. Bagus begitu.

Bila kita takut, kita jadi aware of surroundings. Dalam kepala otak sentiasa terngiang-ngang berita penculikan/perogolan. Setiap pelosok kita usha, terutama waktu nak masuk kereta / sebelum keluar kedai / sebelum lintas jalan. Paranoid lah katakan.

Bila kita takut, kita jadi gelabah. Bila gelabah, kita pun menjerit terpekik terlolong andai ada yang grab kita. Kajian yang dibuat oleh Must read: The Caring Project, perogol/penculik tak suka wanita yang menyusahkan/yang melawan balik/yang buat bising. Bagi diorang wanita macam nih akan makan banyak masa/tarik perhatian orang awam. Diorang cuma nak easy target (perempuan lembik). MAKA, JADILAH SI PARANOIA MENGGELABAH BINGIT DAN JANGAN JADI EASY TARGET. Bagi yang kuat melatah, sedarilah bahawa ia weapon anda rupanya.

Bila kita takut, kita akan bersangka buruk pada semua orang. Jadi bila kita nampak orang naik motor, kita kepit handbag kuat sikit. Bila kita nampak orang berkeliaran kat parking kereta kita, kita masuk balik mall, tunggu kawasan jadi selamat. Bila ada motor pura-pura accident tercedera, kita bersangka buruk, buka cermin tingkap sikit dan campak duit (kalau kesian) kemudian speed laju-lajuuuu cari balai polis. Ini sajalah masa untuk bersangka buruk kat orang.

Bila kita takut, kita sentiasa bersedia. Sebelum keluar rumah baca ayat Kursi. Sebelum mulakan perjalanan kunci pintu kereta. Sebelum sampai dekat parking kereta, kita dah genggam kunci kereta (bukan waktu sampai kat pintu kereta baru terhegeh-hegeh nak godek handbag black-hole hang tu). Selepas baca artikel ini terus beli pepper spray/pisau kecil/payung. (Oh kajian itu kata lagi, penculik tak suka perempuan bawa payung, sebab takut dipayungi -_-).

Bila kita terlampau takut, kita tak kisah nak nampak hodoh dan bodoh. Kalau nampak van parked sebelah kereta kita (driver's seat punya side), silalah masuk ikut pintu passenger sebab terlalu bahaya kalau ditarik dari dalam van nak struggle apa pun dah tak sempat. Takpe nampak bodoh masuk dari pintu lain pastu tertonggeng-tonggeng dalam kereta, asalkan selamat. Pastu kalau terasa diekori, nak lari pecut ke apa silakan. Lebih baik malu seminit dari mati selamanya.

Dan bila kita takut, kita sentiasa beringat nak call emak/ayah/suami sebelum keluar rumah. Dapatkan restu dan inform destinasi tujuan. At least perjalanan diberkati dan juga, kalau apa jadi senang diorang ada info. Jangan lupa nak cakap kita sayang diorang. Takut itu panggilan terakhir kita :'(




Akhir kata, jom ramai-ramai jadi penakut. Dan belajar kickboxing.

No comments:

Post a Comment