Jantung tercabut dari badan apabila memotong di selekoh

Mari baca mari lihat, Pertandingan Mufors Road Reels. Apakah itu? Lebih penting lagi, apakah hadiahnya?


MUFORS ROAD REELS adalah pertandingan filem pendek bertemakan ‘Attitude on Roads: A Malaysian Journey’. Macam bestkan? Kalau pandai buat video/filem pendek, sila join, saya pun teringin tengok karya anda. Terbuka kepada semua pelajar Kolej dan Universitas, untuk mengshowcase perihal keselamatan jalan raya dan perangai pemandu-pemandu tempatan melalui kaca mata seorang anak Malaysia, walaupun anda tak pakai kaca mata. Oh! Hadiah timeeee:



----------Selesai perenggan pengenalan---------






Sebab ia pertandingan short film tentang road safety jadi saya nak cakap tentang road safety. DENGAR BAIK-BAIK. Walaupun belum boleh drive, ehem, tapi saya learned about road safety the hard way bila ratusan kucingku terkorban akibat kecuaian pemanduan kereta para pengguna jalan raya depan rumah. Dalam hal ini adakah kucing itu salah kerana tidak memandang kiri kanan dan menggunakan lintasan kuda belang untuk melintas ATAU pemandu itu yang salah kerana memandu laju di kawasan perumahan?? JAWAB SEKARANG. DAN ADAKAH KUCING HITAM SALAH KERANA DILAHIRKAN SAMA DENGAN WARNA JALAN RAYA MAKA CAMOUFLAGE LALU DILENYEK??! T_T Cukup.



Bertambah peka akan kepentingan road safety apabila pulang ke Kuala Lumpur, dari Johor, bersama anak muda yang bagai memandu Mazda di jalan kampung. Paham tak jalan kampung paham tak? Rupa selekoh-selekoh dia macam ni. Exhibit A.






Jalan kampung.



Usus perut.




Jalan kampung.




Usus perut.






Kucing camouflage.


NAMPAK TAK BENTUK PERSAMAAN JALAN KAMPUNG DENGAN USUS PERUT?! Betapa gila benar selekoh-selekoh itu semua.



NAK LEBIH SERAM? Apabila memotong di selekoh tajam dan nampak..




DI HADAPAN KERETA ANDA ADA LORI MERAH BESAR GABAK DENGAN NOMBOR PLET WAKLU. Okay gambar ni patutnya seram tapi kenapa bila tengok teringat Mickey Mouse -_-



Maka akan dipastikan diri ini memakai tali pinggang keselamatan apabila menaiki kereta dengan pemanduan lelaki berdarah muda berjiwa kental berurat dawai bergigi besi. Tapi baru hari itu kami pulang dan nampak seorang abang membawa teman wanita tunggang superbike laju tak hengat. Pergh itu Shah Alam -- Segamat , 30 minit. Teringin pula T_T



Heppp, road safety! Road safety! Ada bakat? Ada berani? Submit karya kreatif anda tentang keselamatan kucing camouflage atau bahaya lori Mickey Mouse di www.mufors.org.my . Tarikh tutup, 30 Oktober 2010, sila cepat.

No comments:

Post a Comment