Penjagaan kulit tanpa mengira jantina

Kulit yang cantik menjadi idaman kalbu setiap makhluk. Sebab itu dari kecil, ibu bapa akan pakaikan anak lotion berbotol-botol sebab kulit anak sangat cantik, maka mereka nak jaga dan harap ia akan kekal begitu selamanya. Tapi bila dah besar sikit, start main panas kat luar tak peduli terik mentari. Terus kulit gelap. Orang kata jangan basuh muka waktu berpeluh, basuh juga. Terus kulit berpanau. Orang kata jangan basuh muka untuk dapatkan panau banyak-banyak satu muka supaya putih seluruh wajah, degil. Terus kulit dapat 3 panau.




Bila dah besar sikit, konon ada kesedaran, tapi lepas mandi sapu losyen kat muka sahaja. Bila ambil gambar, tengok muka putih leher hitam, terus delete. Bila pergi mandi-manda laut duduk tepi pantai konon nak dapat sun-kissed tan macam artis Hollywood lalu tidak mahu pakai sunblock, terus kulit hitam legam dah boleh audition watak dalam God Must Be Crazy. Dah dewasa ingatkan dah tengok semua iklan pencerah wajah, kalau tak putih tak menang award, ingatkan dah sedar akan kepentingan penjagaan kulit, tapi pergi kuliah wah jalan bawah panas terik takde nak cover-cover muka dengan buku. Bawa payung ke kelas apatah lagi, memang takkan jadi reality sebab takut budak lelaki ejek gelabah ke hulu ke hilir pakai payung. Padahal lelaki-lelaki itu semua adalah lelaki yang sama yang mencari awek berdasarkan keputihan kulit.




Kenapa malas nak jaga kulit? Tak paham betullah. Ini bukan pasal warna kulit dah ni, tapi kesihatan dan rupa kulit anda. Kalau licin berseri kan molek, tak kisah warna apa. Tapi berapa ramai je yang sebelum tidur sapu losyen satu badan sampai wangi satu katil? Kenapa kita kena sapu losyen, nak tahu? Sebab nanti kering, lagi-lagi zaman sekarang air cond satu rumah 8 bijik, air cond tempat kerja 17 bijik, memang mengeringkan kulit. Bila kulit kering cepat tua ha ha padan muka. BARU TERBACA DALAM MAGAZINE: Kalau secara tiba-tiba anda terperasan kulit mempunyai tahi lalat baru yang aneh, sila jumpa doktor untuk check sebab itu salah satu tanda kanser kulit.




Sekarang rasa nak lumur losyen satu badan ke tak? Pemakanan pun tak jaga, langsung tak menyumbang kepada kesihatan kulit. Yang dah kahwin pulak, kan elok lumur losyen wangi-wangi untuk suami, cantik-cantik untuk suami. Suami tak kahwin dengan muka anda, dia kahwin dengan satu badan anda, kenapa limit letak moisturizer kat muka je? Tak puas hati betullah jadi suami kalau cmni.





Tangkap guna talipon bimbit waktu nak pergi event Vaseline dekat Villa Manja. First time pergi event rambut basah. Kau pandai cakap orang malas jaga kulit, kau dah nak keluar pergi majlis baru bangun mandi cuci rambut.





Event Vaseline yang saya pergi adalah pelancaran rangkaian produk ‘Kulit Yang Mengagumkan, Vaseline’. Ada 4 jenis body lotions:



Total Moisture menjamin sepuluh kali lebih pelembapan dan perlindungan, yang dirumus khas untuk kulit kering. Diperkaya dengan vitamin E, soya dan oat.

Intensive Rescue mengandungi Gliserin, dengan tiga kali lebih lembapan dan Oklusif, yang membantu mengunci kelembapan sepanjang hari. Formula dipertingkatkan ini dirumus khas untuk memberi kelembapan yang berkesan membantu memulihkan kulit kering.

Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan timun untuk memberi penghidratan yang menyegarkan. Formulanya yang ringan memastikan kulit sihat, lembut dan selicin sutera.

Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan tiga kali perlindungan tabir suria untuk menyihatkan, menghidratkan dan mencerahkan kulit, menjadikannya berseri secara semula jadi. “




Door gift best oh. Sekarang saya sedang lumur Healthy White (warna pink) dan baunya sungguh mengasyikkan.



Rangkaian produk Kulit Yang Mengagumkan Vaseline menawarkan lembapan yang tahan lama dan memastikan kulit sihat dan dilindungi selama 24 jam. Ia boleh didapati di semua kedai farmasi dan pasar raya pada harga RM3.90, RM13.00, RM18.10 untuk saiz pek 120ml, 250ml dan 400ml”.




SEKIAN, JAGALAH KULIT ANDA SEBELUM TERLAMBAT.

No comments:

Post a Comment