Naiki penerbangan Garuda untuk ke Indonesia

Baiklah, pertama kali saya menaiki Garuda Airline ever. Selama ini naik penerbangan murah dan terpaksa berangkat dari LCCT. Tapi kini baru tahu boleh naiki penerbangan murah dan berangkat dari KLIA! Hanya dengan Garuda Airline ecewah. Kalau rasa nak jimat kos penerbangan ke Indonesia, tapi masih lagi mahu bergaya dan berlepas dari KLIA, apa tunggu lagi, segalanya mungkin di sini. Promo sekarang hanya RM176.00 pergi balik. JANGAN BAGITAU BIBIK-BIBIK KORANG TAU, NI UNTUK KITA-KITA JE.


Sebab Thomas ada banyak video bersepah takde motif, I try compile dan buat dokumentari di bawah. Sumpah takde motif haha, tapi menambah kerinduan terhadap Team Chomel :')



When In Bandung, You Shop. Tak boleh belah tajuk. Entri ini nak sembang tentang Bandung sahaja. Walaupun sebenarnya kami mendarat di Soekarno Hatta dan transit ke Bandung via highway. Bajet gila ayat 'transit ke Bandung via highway'. Cakap jelah pastu dah sampai Jakarta kitorang naik van 3jam nak gi Bandung.



I ♥ early morning flights! Tapi Garuda dah change departure time supaya tak awal sangat. Hari itu kami bertolak 7 pagi. Kini anda boleh naik flight pukul 7.30 pagi.



Dengan abang saya, Joe. Mempersembahkan muka pagi kami!



Joe minum orange juice, saya minum apple juice. Ini sebelum sarapan disediakan.



Nak tahu tak keindahan penerbangan awal pagi? Kami bagaikan mengejar mentari! Lihat!

Gambar pertama, waktu nak berlepas, masih di runway. Matahari tengah peekaboo alolololo.



Cahaya matahari memancar awan-awan gebu!



Cak! Matahari! Kami dapat kejar awak!



Subhahanallah.. indah.



Bila ada banyak cahaya matahari cepat-cepat tangkap gambar supaya nampak konon kulit cerah.



Waktu yang dinanti-nantikan hampir tiba! Waktu apa lagi, takyah teka dah, semua tahu pastinya.



ENAK BELAKA TAK TIPU NAK LAGI NAK LAGI.



Terima kasih Daytrans untuk pengangkutan & Bulanmadu untuk pengurusan segala.



Naik van 3jam takpe sebab pemandangan indah sebegini.





HOPOCOT MAK HENGKAU.




Setibanya di Bandung terus makan sini. Nasi Padang Simpang Raya. Dulu datang Bandung pun makan sini. Sebab bersih dan sedap.



Jasmine tea, Teh Botol.


Sekarang nak letak semua gambar shopping. Tapi tak tangkap dekat semua tempat, sebab terlalu sibuk memilih dan beli dan belah. Terimalah ikhlas dari kami..

Taulah pelancong. Takyah kot bergambar macam ni.




Hahahaha bodoh tau. Abang pertama adik-beradik Chomel, Niki. Ini masa kat tempat saya beli-belah barang lelaki. Best! Oh beli jeans juga :')



Ini beli belah barang untuk adik-beradik dan emak.



Malam pun teruskan shopping. Best sebab semua kedai buka sampai pukul 10malam macam kat KL.
SERONOK GILO.





Masa kegemaran saya lagi!

AHHHHH RINDU SEMUAA. NANTI NAK UPDATE JAKARTA POST PULA!



*Lupa nak cakap, gambar yang tiada watermark adalah kepunyaan Nicole & Yap Thomas.

No comments:

Post a Comment