Malam sebelum penerbangan ke Indonesia, saya turun dari bilik setelah mengemas baju. Tiba-tiba.. (anda dikehendaki menyambung karangan anda dengan tiba-tiba). Adik-adik berlari mendapatkan saya dan memohon "KEKNIS KEKNIS JADI JUDGE PERTANDINGAN MASAK KITORANG PLISSSSH PLISSSSSH" "Apa?! Makan free?! Mana mungkin saya jawab tidak!", bisik hati kecilku. Tak boleh bisik kuat-kuat nanti takleh jual mahal dengan berkata "Kakak Hanis busylah. Tapi kalau nak jugak make sure lepas masak kemas balik dapur". Kehkehkeh. Okaylah tuh. Bukannya suruh urut belakang badan buatkan assignment ke apa.
Dulu ada pertandingan lukis banner belog Keknis tajaan Hafiiz Trading, boleh baca
di sini (harus kelik). Tanpa dirancang, tersembul di benak sanubari saya, mungkin saya dilahirkan untuk jadi hakim. Mari tukar course.
Salah seorang kanak-kanak terpilih.
Salah dua orang kanak-kanak terpilih.
Untuk lebih adil (dan tidak di bomoh-bomohkan apabila terpilih kasih memberi markah), saya jemput dua lagi juri (panggil juri je, I sorang hakim) iaitu ibu dan bapa. Adik-adik telah sediakan score sheet yang tertulis Markah untuk: Sedap, Hiasan, Skill ikut umur. Rate 1-5. Ya, skill ikut umur, sebab takkanlah nak samakan si kecil Alisya dan si godang Imran dalam membuat pemarkahan. Ayuh ramai-ramai kita lihat hasil 1jam mereka mengecahkan dapur.
SET 1
Nasi. Goreng. Yang. Sungguh. Masin. Tapi teh sedap.
Set 2
Juadah nenek pergi spa. Dan air anggur.
Set 3
Nasi goreng Pataya, French Loaf & telur, air cokelat. Tengok siap grate cooking chocolate nak buat hiasan, dah rupa Koko Krunch aku tengok. Amat exclusive ya puan-puan.
BURP ALHAMDULILLAH KENYANG JADI HAKIM SAYA SUKA AKTIVITI INI SILA ADAKAN SETIAP MINGGU.
Di sebalik kekenyanganku, berdirinya..
Seorang insan bernama Imran yang gigih memarut sebuku cooking chocolate. Terlalu kreatif bab hiasan. Oh! Dia juga menang sebab sedap.
Hafiiz yang kini sudah handal memasak nasi goreng tanpa kemasinan, hanya kesedapan. So proud of him, pada suatu pagi, saya turun dan lihat ada nasi goreng untuk sarapan, tanya mama siapa masak, mama kata "Hafiiz bangun pukul 6 tadi sebab nak masak nasi goreng". Bagus, kurang tugas saya di rumah ini teehee.
Alisya, budak paling kecoh kat dapur sepanjang pertandingan. Juga pembikin juadah "Nenek Spa".
Ada muka nenek pergi spa tak?
No comments:
Post a Comment