Generasi hebat.


Hebat. Satu perkataan yang sangat saya suka. Satu perkataan yang jarang saya gunakan dan throw around macam itu sahaja. Bukan calang-calang orang boleh saya panggil hebat, bukan aksi biasa-biasa boleh saya pandang hebat, bukan perkara dalam norma boleh buat saya rasa hebat.


Duduk di dalam kelompok manusia, memerhati, mengalami, sering buat saya terfikir. Yang bermain hide and seek dalam kotak fikiran sekarang ialah tentang generasi saya. Hebatkah generasi saya, sehebat generasi atok nenek saya? Sehebat generasi emak emak kita?


Kalau blackout 6jam dan terdengar ura-ura potongan bekalan air di kampus, dah bertempiaran lari balik Kuala Lumpur, sehebat mana sebenarnya generasi saya? Kalau tengok Gossip Girl sekali seminggu dah boleh terikut-ikut, sehebat mana sebenarnya generasi saya? Kalau diteliti pemakaian pemikiran pergaulan dan betapa kita senang terbawa-bawa, sehebat mana sebenarnya generasi saya?


Rasanya jangan tanya mana salah, siapa silap. Tanya apa yang kita dah buat untuk menjadikan generasi kita hebat. Layakkah kita untuk berada dalam satu generasi hebat, dipandang hebat? Jika satu masa tanpa malu tanpa segan, kita boleh terima gelaran generasi hebat kepada generasi kita, mungkin kita sudah sampai tahap itu. Unless kita memang orang yang tanpa segan.


Serius. Kalau nak panggil generasi saya hebat sekarang, memang menyegankan. Dan benda takkan berubah andai kita sibuk dengan yang negatif, yang buruk, yang busuk, yang bawah, yang kuning, yang palat. Generasi hebat, bagaimana nak even jejakkan kaki ke situ? *Tadi rasa macam kata saya susah nak guna perkataan hebat tapi kalau baca balik perenggan-perenggan di atas, haha.


Stay smart. Susah orang nak bodoh-bodohkan orang yang tidak bodoh. Dan orang yang tidak suka diperbodoh tidak mungkin orang yang bodoh. Jaga otak, jaga pemakanan, jaga peminuman (!).


Tingkatkan kepekaan. Senang-senangkan diri untuk rasa tercabar. Contoh baik adalah apabila seseorang bertanya sesuatu di luar bidang ilmu, di luar pengalaman dan rutin kita, dapatkan jawapan untuknya, kerana itu adalah mendapatkan jawapan untuk kita juga. Senang-senangkan diri untuk rasa tercabar. Contoh kedua baik adalah apabila kita sedia terima akibat untuk setiap tindakan, kerana itu seperti menerima cabaran dari diri sendiri.


Be a go-getter. Be a good go-getter. Boleh, semua benda boleh. Boleh, semua benda senang. Boleh, semua benda boleh beres. Orang yang tak boleh tak boleh tak boleh orang yang negative sebenarnya, dan terlalu ramai orang yang macam itu sekarang. Dalam generasi saya T_T


Eksplorasi minda dan jangan selesa dalam zon selesa. Senangkan? Jangan selesa dalam zon selesa. Keep on questioning, keep on exploring minds, not just yours but others too. Be open to new things and be open to different perspectives. Bila kita pilih untuk dengar cakap kita sahaja, kita pilih untuk dengar gema. Dan dengar gema itu adalah duduk di dalam gua. Tak pun tempurung.


Bila ada kesedaran yang kita sebenarnya bertanggungjawab atas nasib sendiri, nescaya lain gayanya cara kita approach life and opportunities. Sesuatu perkara yang dilakukan itu hanya seksi apabila kita tekun, apabila kita ada passion. Saya sahut!

No comments:

Post a Comment