Sedar tak yang kita ini adalah superhero kepada seseorang?
Dulu masa kecil, kami selalu balik Johor ke kampung Parit Tengah (kg Mama saya). Perjalanan dari simpang pintu gerbang kampung, sehingga ke rumah nenek saaaaangat jauh. Kadang-kala rasa macam tak sampai-sampai. Sehingga kami adik-beradik selalu bertanding teka pukul berapa dan minit keberapa kami akan tiba di pintu rumah nenek (*syaratnya, kiraan masa cuma dihentikan betul-betul waktu pintu kereta dibuka LOL macam-macam).
Waktu-waktu lain, kami sebenarnya tidur saja dalam perjalanan nak sampai rumah nenek itu. Dalam lena dan jaga, sambil kebil-kebil mata, I selalu tanya Daddy, "Daddy, kita sampai pukul berapa?". Jawapan yang Daddy bagi selalu TEPAT. Yang amat tepat. Gila amazing my Daddy, terlalu hebat! Dia ada superpower nak estimate jarak dan masa. Kadang-kadang, bukan nak tahu sangat pun sampai pukul berapa, tapi sengaja tanya supaya boleh tengok Daddy tunjukkan superpower dia. Macam tuh seorang anak tengok bapa dia, walhal bapa dia boleh kawal speed kereta nak sampai pukul berapa and he's been driving to that very house for at least 10years.
Lagi satu kehebatan Daddy, dia boleh tahu bila kereta patut keluar kat roundabout. Terer seh, macam mana estimate supaya kereta mendatang tak langgar??? I selalu terpikir, bila besar nanti, aku akan diberikan skill macam ni tak? Berdoa harap-harap mewarisi kecekapan Daddy.
Mama pula, pernah I tanya padanya "kenapa Mama tak jadi doktor?". Sebab selalu kalau sakit apa pun, mesti dia tahu ubat apa patut makan atau sapu. Kalau lebam/luka kena sapu minyak gamat, kalau sakit perut kena sapu minyak angin, kalau batuk kena minum Bena, kalau gastrik kena minum ubat putih macam susu, kalau demam makan Paracetamol. Like whoa... macam mana boleh hafal semua ubat oh?! Kenapa tak jadi doktor buka klinik? Mama boleh rawat semua pesakit supaya diorang baik! Macam Mama ubatkan Hanis sampai baik...
Bila dah besar dan teringat flashback ini semua, mesti I rasa hek'elehhhhh.......... setakat macam tuh je pun dah pandang Mama Daddy hebat gila.
Dan hek'eleh itu jugalah yang kita selalu beri pada anak-anak kecil. Sebab semakin kita dewasa, benda semakin dipandang remeh. Kadang-kadang kita tak sedar, betapa tingginya anak-anak atau adik-adik kita pandang kita. Bila ditanya sesuatu, boleh tanpa sedar kita terjawab "Cuba Google, kan senang". Kalau diminta penjelasan atas sesuatu hal, boleh pula kita terjawab "Susahlah nak explain, nanti kat sekolah ada ajarlah. Atau nanti dah besar, tahulah". Cuba kita sedar, kalau dia tak pandang kita tinggi, dia tak tanya kita. Baik dia tanya bibik jer.
Dan hek'eleh itu jugalah yang kita selalu beri pada anak-anak kecil. Sebab semakin kita dewasa, benda semakin dipandang remeh. Kadang-kadang kita tak sedar, betapa tingginya anak-anak atau adik-adik kita pandang kita. Bila ditanya sesuatu, boleh tanpa sedar kita terjawab "Cuba Google, kan senang". Kalau diminta penjelasan atas sesuatu hal, boleh pula kita terjawab "Susahlah nak explain, nanti kat sekolah ada ajarlah. Atau nanti dah besar, tahulah". Cuba kita sedar, kalau dia tak pandang kita tinggi, dia tak tanya kita. Baik dia tanya bibik jer.
I tulis semua ini sebab I sendiri bersalah. Adikku Hafiiz teringin nak ada blog sendiri untuk tulis resipi dan catatan hariannya. Dah seminggu dah di mana setiap malam I balik rumah, mesti Hafiiz akan ajukan "Keknis, dah pikirkan nama blog Hafiiz ke belum?". I akan jawab "Nanti Keknis pikirlah" *dalam nada lesu letih*. Tapi si Keknis nih tak pikir-pikir pun. Dia tak register langsung dalam kepala otak dia, untuk peruntuk satu time, timbulkan idea untuk nama-nama sesuai bagi blog adik lelakinya nih. Permintaan adik dia tuh macam hembusan angin saja, yang bila tiada, dia tak terasa. Dia terlupa betapa tinggi adik dia letak kakak dia, sampai nama blog pun nak kakak dia yang namakan, nak idea itu datang dari kakak dia. Walaupun dia dah tingkatan 2, kakak dia masih jadi rujukan untuk sesuatu yang melambangkan dirinya. Sigh, nasib aku tersedar cepat.
Jadi renungkan, macam mana kita treat anak kecil / adik kita? Ingatlah, benda yang tak penting buat kita, mungkin means the world to them. Don't just hear them, but listen to them (jangan sekadar dengar, cubalah untuk mendengar).
p/s: here's a video update about my #WorldClassChocProject by Baskin Robbins!
p/s: here's a video update about my #WorldClassChocProject by Baskin Robbins!
No comments:
Post a Comment