Otak dan Rabun

Ingat tak dulu I tak rabun? Those were the good old days. 

Terima kasih Blackberry atas fasa hidup bercermin mata ini. Ya, saya still salahkan smartphone sebab seingatku, rabun bermula waktu semester ke-3 di universiti, iaitu semester sama ku mendapatkan diri ini Blackberry.

Bila saya perasan saya rabun? Waktu di dewan kuliah (mass lecture), biasa budak-budak ganas standardlah kan, duduk belakang-belakang, paling jauh dari lecturer, kalau jawab jawapan yang nakal-nakal pun sayup-sayup jer kedengaran. So bila dah duduk belakang, tengok screen projector tuh, eh apasal slide lecturer nih kabur, ingatkan dia tak adjust focus kat projector tuh, sekali tanya kawan sebelah, dia cakap, eh clear jelah. Pastu pinjam spek kawan lagi satu, wow indahnya dunia, terangnya dunia, sungguh tajam segalanya.

Rabun rupanya. Dah tak ganas dah.

Bila pergi check mata, tengok power okaylah, 125 and 150, tak jauh sangat mata kanan dan kiri. Tapi baru-baru ini, check lagi dah naik dah. Mata kanan 175, mata kiri 225. Pergh, tua tua tua. Kekna kata, mata kiri lagi tinggi naik power, sebab tak exercise otak kanan. Otak kanan kan mengawal semua anggota kiri kita. Sekarang lihat rajah perbezaan otak kanan dan otak kiri dalam iklan Merc di bawah.


Jadi, mata kiri saya makin galak kerabunnya kerana saya kurang beraktiviti kreatif. Paham? Kalau dulu suka melukis dan mengecat, sekarang setiap hari pandang nombor dan baca buku. Sedihnya, I'm sorry otak kanan, I will balance my usage of both sides of my brain once again. It's time to get sketchin. I love sketching by the way.

Jadi sementara tunggu waktu berbuka, me, Alisya and Kekna was having girls day in dekat bilik Kekna (Boiri, her husband ulang-alik tak dapat masuk sebab kitorang melepak bilik diorang LOLs siblings power). So I took a pencil and decided to sketch Alisya's face. Mula-mula dia excited, pastu takleh duduk diam. Nak main my phonelah, nak pandang sana-sini lah. Bila terlukis mata dia juling, bising! Susahnya lukis benda bergerak nih! OMG kalau lukis Jaguhbi lagi susah agaknya, (unless dia tidur mati like he always does).


Alisya...

Alisya cam tak puas hati sangat, sebab tak sama dengan muka dia. Dia kata macam muka dia masa dia kecik jer. Excuse me kalau tak gerak banyak sangat takdelah teruk sangat k.


Pastu semalam waktu I sedang tidur ada bunyi orang selitkan kertas bawah pintu, alahai rindu-rindu macam surat cintew jew... rupanya.



Ini lukis out of dendam kesumat ke apa ni.



K ALISYA, SEBIJIK GILER NGAN MUKA KEKNIS. SEBIJIK GILERRRR.


No comments:

Post a Comment