Inilah entri yang tergendala akibat daripada belek-belek gambar dan OMG MEMORIESSS lalu terus berbalas sms dengan Ain Syaqilla sampai ke sudah hewhewhew. Kini dibawakan khas sebab sejak dari tahun lepas, dah berapa kali pergi Singapore tapi tak update-update, saya bahagikan kepada dua entri ya!
Entri ini ialah Singapore Budget Trip di mana semua on a tight budget, tukar duit pun hanya SGD200 tsk tsk. Semua angkut backpack tidur dekat hotel tepi jalan, naik public transport semata-mata. Jerih-perih seorang musafir kini mampu dikarang baik punya andai keluar soalan esei berbentuk Aku Seorang Musafir.
Entri akan datang pula saya akan kupas trip lagi satu iaitu Singapore Girly Getaway yang memang the complete opposite sebab tidur Marina Bay dan shopping dekat Orchard Road semua LOL. Hidup cuma sekali *tiba-tiba nak justify*
SINGAPORE BUDGET TRIP
Dari KL Sentral kami naik train straight ke Singaporeee! Tidur satu malam dalam train, perjalanan bermula pukul 11 malam, dijangka tiba pukul 6pagi. Maka? Maka haruslah ambil yang ada bunk bed sebab apa kelas tidur duduk melentok-lentok kepala kat bahu orang sebelah. Tiket KTM: RM40/seorang.
Naik public transport mestilah ada drama-drama sikit bila enjin berasap abang bomba bergegas ke tempat kejadian. Hasilnya? Gambar posing mata sepet2 sebab tidur terganggu, masa ini dah dekat JB dah.
Abang badan tegap tuh tour guide kitorang kawan Meor, Omar nama dia. Kami panggil Omarion. Dia badan tegap sebab Singaporean kan kena masuk army yang betul-betul. Masuk PLKN keluar tegap camni tak? Amboi sempat perli. Okay, itu Hotel 81 Sakura yang tepi jalan, sesuai untuk budak jalanan macam kami sobs. Satu bilik SGD100 per night for 2pax pergh pergh pergh. Hotel, RM123.64/seorang.
Jais posing cekci angat.
Paham tak macam mana nak keringkan bulu dada? Okay sebelum fitnah ditabur, obviously girls satu bilik lain, boys satu bilik lain. OMG.
Lepas mandi straight naik train terus pergi Universal Studio Singapore. Tiket USS: RM145/seorang.
Sorry Ain, gambar nih macam I landing kat Jais LOL sibuk jaga angle. Dari sini kita dah boleh berlagak pelancong dan tangkap gambar everywhere.
Everywhere.
Universal Studio memang comel bertema-tema, jadi bila tema Far Far Away, souvenir shop pun menjual Shrek dan rakan-rakan. *Sekadar bergambar *Tidak dibeli *Aku Seorang Musafir
The best ride masa tuh (masa tuh jelah, sebab sekarang ride Transformers dah buka, sobs) merupakan Battlestar Gallactica! Rail merah dipanggil Human, dan rail biru dipanggil Cylon. Naik dua kali sebab menerujakan sangat! I absolutely love roller-coasters.
The Mummy ride pun best sebab roller-coaster tuh gostan. COMELNYA GUNA GOSTAN WALHAL BOLEH GUNA PERKATAAN 'REVERSE'. Waktu nih tak ramai orang (surprisingly, it was a Saturday! Maybe sebab Raya kot) jadi kitorang naik banyak kali supaya dapat gambar dengan posing yang paling best. Ini taktau dah cubaan keberapa. Cool betul dahku seakan-akan on the phone calling mak kata Look ma! I'm on a rollercoastahhh! Will call you back.
While we were watching Steven Spielberg's special effects show. Meor begitu asyik sekali.
Kemudian semua dah cranky merengek sebab lapar. Cari kedai halal dalam theme park itu dan jengjengjeng!
SO RETROOO!
SO GOOOOD! (THE BURGERS)
Selesai makan, selesai berlegar, ayuh pulang. Sempat singgah HRC beli souvenir untuk yang tercinta. Tak ingat yang diri ini traveller on a budget T_T
Sampai hotel lapar balik. Lepas mandi keluar tuju Arab St. Bahaya-bahaya sebab semua kaki dah penat. Kenapa bahaya? SEBAB MANJAKAN DIRI NAIK CAB. SEJAK DARI ITU CAB MENJADI PILIHAN HATI. MEMANG TAK PERASAN TEKANAN PADA WALLET SEBAB SEKALI NAIK SORANG BAYAR SGD3.00 JER (lepas bahagikan). Tapi sebenarnya RM8.00 untuk setiap trip pendek T_T
Musafir bershisha SGD15.00. Takmo convert, takmo takmo.
In the cab like a tourist instead of traveller T_T
Bangun pagi dah sedar diri balik, kembali bersengkek bersama. Hari untuk pulang!
Hahaha Meor candid gambar nih. Penat sangat.
Backpackers boleh tengok Marina Bay dari jauh jer k fine.
Oh! Sempat singgah rumah Aunty and Uncle Meor di mana kami dijamu gearbox dan roti sempena Raya! SEDAP MENJILAT PINGGAN! *hanya ekspresi, tidak dibuat kerana imej gadis*
Singgah beli bekalan makanan pun macam nak merompak. Hahahaha!
BYEBYE SINGAPORE! HELLO MALAYSIA I LOVE YOU SO MUCHHHH! (baru nak bersyukur)
Inilah salah satu trip paling best so far sebab ini geng gila. Penat gelak and penat marah Meor jer. Banyak hal terjadi tapi entri ini dah panjang sangaaat. Oh Traveller's Tips in future maybe? *start writing *publish 2months later *spank self
No comments:
Post a Comment