Apakah kepentingan bestfriend dalam hidup anda?
Saya pernah tahu/kenal orang yang claimed mereka tiada bestfriend. Setiap kali berhadapan dengan orang sebegini pasti dalam kepala saya bermain-main, siapa dia share stories with? Siapa nak buat benda bodoh bersama dia dan gelak tentangnya beberapa tahun kemudian? Kalau berdepan dengan masalah, siapa tolong ambil kertas dan tulis ‘pros’ sebelah kanan, lukis garisan tengah, dan tulis ‘cons’ sebelah kiri lalu sama-sama list outkan isi pertimbangan?
Banyaknya kepentingan bestfriend dalam hidup saya. Saya ada beberapa sets of BFFs dalam hidup ini yang betul-betul rapat dan kongsi banyak hal luar dalam. Kenapa sampai few sets? Sebab as life goes on, saya discover orang-orang berbeza yang layak saya panggil bestfriend :’) Jadi apakah kepentingan mereka? Dove Chocolate kali ini membawakan kepentingan bestfriend dalam hidup seorang perempuan.
Temankan ke mana jua hati desire.
Perempuan selalu pergi toilet sama-sama kan? Ini bermakna, kalau semua tempat dalam dunia nih boleh bawak bestfriend dia, mesti dia nak bawak. Orang tua selalu pesan, perempuan pergi mana-mana mesti berteman. Inilah kepentingan bestfriend, jadi gunakan bestfriend anda sebaik mungkin. Seperti saya pergi JB untuk buat write-up Iskandar Malaysia tempoh hari, ajak Ekin teman tidur kat hotel, kalau tak dah seram sensorang dalam kepala terbayang apa tenggelam timbul dalam bath tub berisi air merah (lebih-lebih).
Seram.
Lebih seram. Eh tak tak, gurau je gurau. Ekin jangan sesali berkawan denganku T_T
Cari solution semua permasalahan.
Kalau hati gundah-gulana akibat masalah yang takleh diselesaikan sendiri, mesti tuju ke bestfriend. Walhal, most of the time diorang memang takkan boleh solvekan pun. Idea bukan boleh pakai sangat, 2x5 je dengan idea yang dah dipikirkan sendiri tadi. Tapi ringan terasa bebannya apabila bestfriend sudi dengar dan respon terhadap problem kita. Tak payah call Wanita Hari Ini nak cerita.
Sambil nak cari solusi, sambil melantak Dove Chocolate. Ekin… kalau kau ingat lagi luahan hatiku tempoh hari, please lupakan, malu I bila terkenang balik warghahahahaha T_T
Kongsi minat yang sama.
Okay kenapa ayat macam TV pendidikan sekarang? KONGSI MINAT YANG SAMA?! Kahkahkah.
You know what I mean, share interest atau discover new ones pastu fan girl mode ON. Sekarang my CLUB 10 (set of BFFs in UiTM Johor), tengah gilakan We Got Married, City Hunter & Running Men.
Kongsi minat yang sama... Dove Chocolate yums!
Kongsi minat yang sama... Dennis Oh yums eh? Haipppp!
Kongsi pengetahuan dan pendapat.
Kahkahkah saja nak teruskan ayat TV pendidikan dah alang-alang guna kat atas tadi. Pengetahun dalam konteks ini bukan sahaja ilmu yang diterima dari sesi kuliah/pembelajaran, malah ilmu-ilmu dari magazines dan petua nenek moyang a.k.a beauty tips! Even dalam belog ini pun kalau ada yang I konon-konon bagi petua, banyak juga yang dicilok dari rakan taulan *peace tepi pipi*.
Banyak betul ya kegunaan bestfriend, rugi kalau tak sedar dari sekarang dan make full use out of them LOLOLOL *menari perut ke depan*
Petua untuk pemuda.
Benci orang yang sama.
Bestfriend kena sehati sejiwa. Kalau ada sesiapa yang buat onar kepada kita, dia wajib take side (which is our side of course, hewhewhew).
Cerminkan kita.
Macam entri Cermin Bestfriendyang saya pernah tulis, bestfriendlah orang yang bertanggungjawab sedarkan benda yang kita ignorant terhadapnya selama ini. Mungkin orang lain takkan tegur kita mulut busuk / kunyah makanan bising / pakai tudung rambut bersepah nak keluar anak tudung / taik mata lupa bersihkan / mascara sememeh , tapi bagi seorang bestfriend, itulah kerja dia. Dia yang akan tegur dan beri kritikan membina untuk kita terus melangkah ke depan selari dengan arus globalisasi.
Cermini diri
Banyakkan kepentingan bestfriend? I love em all, you guys know who you are!
Terima kasih bestfriendku! Cari bestfriend anda dan peluk dia sekarang /belikan Dove Chocolate untuknya/ kedua-dua pilihan sekaligus. Hewhewhew get ready Hanis, bestfriends kau semua akan tuntut Dove Chocolate lepas baca ni *pecahkan tabung*.
No comments:
Post a Comment