Pengetahuan am kesihatan dan kebersihan untuk bacaan para gadis dan wanita.
Saya ada satu habit yang bila mana pergi tandas awam, MESTI tarik tisu dulu baru masuk cubicle. Taknak ambil risiko, dah masuk baru tahu takde tisu. Biasanya kalau tandas-tandas di international standard building takde hal. Mesti ada tisu. Tapi tandas ‘orang kita’, I observed, paip ada lengkap, tapi tisu tak pernah jadi keutamaan. Macam kita tak perlu berkering-keringan lepas cebok ke? Biar saja lembab? Biar sahaja ia jadi kawasan paling optimum untuk perkampungan bakteria?
Eww.
Ia seperti sudah dalam norma, sehinggakan, kalau masuk tandas (maafkan saya) ‘orang kita’, I almost ALWAYS expect it to not have a toilet roll. Jadi sentiasa, bawa tisu bersama anda. Dan para admin kepada bangunan-bangunan awam yang membaca ini, peruntukan bajet untuk tissue rolls bagi keselesaan pengguna tandas. Itu satu.
Saya lebih suka dan memilih untuk menggunakan Lactacyd Feminine wipes yang mengandungi lactic acid dan natural milk extract.
Kemudian, yang ini saya tak pasti level rarity-nya, tapi saya harap, semua wanita mampu keep the hairy situation under control. Common sense di sini adalah; benda botak lebih senang dibersih/dijaga. Saya berikan cadangan, boleh cuba Brazilian wax (di mana-mana waxing parlour) atau chocolate wax (yang ini kurang sakit), setengah parlour ada servis ini. Kalau nak buat di rumah, cari waxing cream, yang bila sapu, tunggu beberapa ketika dan gugurlah dedaunan musim luruh. Itu kedua.
Kemudian, panty liner. Berapa kerat saja antara anda yang menggunakan pantyliner? Ia berfungsi sebagai ‘lining’ untuk panties anda yang boleh dipakaibuang. Anda sendiri-sendiri patut tahulah samada memerlukan atau tidak. Boleh ditukar selang 2-3jam. Setengah wanita tak perlu, sesetengah yang lain, patut look into it. Itu ketiga.
Well, I don’t know how you ladies are keeping it clean down there, but I hope your vjj’s cleanliness is not secondary. It’s a sensitive and important part that needs extra care. (Tatau kenapa kalau dalam bahasa Inggeris bicaranya jadi tak begitu menggelikan LOL).
Dan keempat, pencucian khas. Sebab utama menulis entri ini. Mencuci dengan sabun, memang dah bagus, cuma salah konsep pabila mencuci dengan sabun buku biasa. Yang bukan diformula sesuai untuk kulit dibawah sana. Parah.
Siapa yang biasa mengamalkan pencucian khas, mesti kenal sangat dengan jenama Lactacyd. Sekarang Lactacyd mengeluarkan produk baru yang lebih khusus, untuk kita-kita yang mempunyai keperluan berbeza.
Yang hijau: Kesegaran berpanjangan dengan ‘babydoll scent’. Ini untuk orang yang takde masalah khusus, hanya sekadar mencuci.
Yang biru: Nama pun white intimate, diformulakan untuk memutih dalam 4minggu kalau pakai dengan kerap.
Yang oren: Ada vitamin E dan collagen. Ia melembapkan dan menyegarkan. I assume ini untuk yang berumur lulzy. Siap ada collagen lulzy.
Yang pink: Melindungi dari bau busuk dan irritation. Ini untuk masalah bau dan kulit sensitif.
Yang ungu: Dengan extra milk extract, ini untuk menghalang kekeringan.
Mesej dari Keknis: Jaga bahagian istimewa anda dengan sebaiknya. Lindungi dari kekotoran mata kasar dan perbuatan serba kotor.
For more info: www.lactacyd.com.my.
LIKE their FB Page facebook.com/lactacydloveyourv for regular tips on beauty, lifestyle and product promotions and contests.
No comments:
Post a Comment