I jenis yang tak suka simpan beauty secrets, so all my beauty tips are actually public property especially to my girlfriends. In fact, they’d definitely agree yang I selalu bebel what product to use, which brand to buy and kalau diorang nak pinjam walau SATU barang from my beauty bag, diorang akan dapat free tour guide(put on cap and wave the flag) dan I explain semua product dalam tuh dan keberkesanannya LOL. Honestly, I macam mak-mak yang nak anak dia sentiasa cantik, and all my girlfriends are like my pretty daughters :’)
But sometimes of course ada antara anak kita yang degil atau liat, jadi kita kena remind banyak kali so this entry is for them. Dan juga untuk anak-anak angkat I di luar sana (tiba-tiba) yang nak bercantik-cantik juga :’)
Jadi mari saya tekankan untuk hari ini, SUNBLOCK IS KEY. Sunblock adalah kunci? Apa?
Ya, sunblock adalah kunci kejayaan. Kejayaan kulit yang terpelihara. Most girls tak sedar lagi kepentingan sunblock sebab kita terikut budaya Barat yang mana bila nak pergi swimming atau berjemur lama (untuk kita adalah bersukan, latihan perbarisan, konsert Jomheboh) sahaja kita akan selaput diri ini dengan sunblock. Walhal, melihatkan keadaan cuaca dan keterikan mentari negara kita ini, sunblock harus diapply SETIAP HARI, sebelum melangkah keluar. And I’m not even kidding. It’s been my beauty regime since… I pun tak ingat bila.
Tapi bear in mind yang ada banyak jenis sunblock. Sunblock untuk sebelum make up, sunblock untuk everyday wear, dan sunblock especially untuk long hours outdoor activity. Kenalah tahu semua ini untuk get the most out of the product you purchased.
Hari ini nak reveal sunblock yang I guna for outdoor activities. I guna most of the time sebab I am always outdoor nowadays and the sun is so harsh to the skin, I takut sangat nak biarkan my kulit bogel tanpa lapisan pelindungan yang berSPF. Kalau boleh nak guna yang SPF paling tinggi untuk perlindungan paling maksima. Dan setakat ini ada satu I dah jumpa dengan highest SPF 130.
It’s Sunplay! Sunplay Super Block SPF130 PA+++ adalah jenama utama pelindung matahari yang terkenal dengan perlindungan matahari SPF tertinggi kini didatangkan dalam teknologi terbaharu Solarex-3 bagi memberikan anda kuasa perlindungan yang berpanjangan dan stabil daripada sinaran UVA dan UVB, lebih hidratan dan mencegah penuaan parmatang.
SPF singkatan kepada Sun Protection Factor (Faktor Perlindungan Matahari). Kandungan nombor SPF yang tinggi menunjukkan perlindungan daripada sinaran UVB yang menyebabkan kulit kita menjadi gelap dan sunburn. Lebih tinggi nombor SPF, lebih lama ia dapat memberi perlindungan dari sinaran UVB. PA pula menunjukkan perlindungan dari sinaran UVA. Sinaran UVA lah yang menyebabkan masalah penuaan kulit pra matang. PA disenaraikan sebagai PA +, PA + + atau PA + + +. PA yang mempunyai lebih banyak ‘+’ dapat memberikan perlindungan yang lebih kuat daripada sinar UVA.
Paling penting ia non-sticky, the best choice untuk outdoor activities. Berpeluh pun tak rasa melekit. And because of that, I can even apply it to my face. Because it’s super sweat an water proof, SPF 130 dapat tahan sebanyak 10 jam di bawah matahari.
Sudahlah ada SPF paling tinggi di pasaran, kalau disapu siap beri brightening effect sikit. Eh? Hewhewhew.
Tanpa sunblock, mungkin tak se-carefree ini bila bawah panas matahari. Penyelamat di waktu outdoor :’)
Itulah sebabnya kenapa saya mesti mesti mesti pakai sunblock, supaya hati senang mengetahui kulit terpelihara dari kekejaman sinaran UV setiap kali I buat outdoor activities. Sunblock yang waterproof memang lagi best sebab I apply sekali jer, then tak perlu piker-pikir nak re-apply.
Dah boleh rasa tak betapa I loveeeeeee my sunblock!!! I listed it in my Travel Must-Haves list back in January, if you haven’t noticed.
I love you.
No comments:
Post a Comment