Tak kira betapa penyabar dan lembut hati you are, admit it, kita semua ada masa-masa rasa nak mengamuk dekat parents yang anak dia bising masa kita tengok wayang / enjoy dining experience dekat restaurant / solat tarawikh di masjid / nak cuba lelapkan mata dalam flight dan sebagainya (sila tambah kalau nak rage bersama). Macam hello kalau kau tak reti jaga anak kau silalah simpan dia dalam rumah lock dalam bilik maid bersama-sama maid kau. Eh? Kejamnya bisikan hati. LOL. Just to describe tahap annoyed ramai pihak yang tak mengerti kesusahan jaga budak in public.
Emphasized here, in public. Parenting at home vs in public, besar bezanya. At home you can shout, spank atau ignore wants by your child untuk ajar dia not to be a brat. That's your style, you're the parents, most of the time you know whats best for your child. Tapi in public, ada etika atau budaya yang tak membenarkan semua itu tapi if your anak is super nakal macam mana nak handle? Trust me, it's tough. I have 4 younger siblings, I know.
Ingat lagi Hafiiz masa kecil, kalau bawa pergi kedai Tesco/Giant/Mydin/7 Eleven mesti dia ambil apa yang dia nak. Takkan lah parents I nak bodoh dungu ikut je apa yang dia nak kan? Sometimes ikut kehendak dia, most of the time; memang tak. First, sebab benda yang dia ambek semua mengarut. Secondly, sebab, duit tak banyak dalam wallet. Thirdly, sebab melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apakah yang akan terjadi apabila kehendaknya ditolak dengan 'NO'? Hafiiz akan menggelupur di atas lantai macam dugong yang kita keluarkan dari laut tanpa beri notis.
Bangang. Memang bengang.
And then we have Khairi yang tangisan macam bunyi hon lori balak. Imagine the horror kalau dia start menangis in public. Tapi pernah sekali dia hilang kat shopping mall, tampaklah kebaikan tangisan kuat dia di situ, bila terus jumpa hon lori balak datang dari arah mana -_-
Apabila kehendak tidak dipenuhi.
Parents. Janganlah biar saja kalau anak mengamuk. Rimas orang sekeliling tengok. Sila dukung dan bawa keluar dari tempat itu sehingga anak diam okay. Itulah effort yang kita mahu lihat. Bukan nak suruh educate anak dan dan tuh juga. Cuma, kawallah situasi. Even dalam flight pun, dukunglah anak tuh ke hulur ke hilir sampai masuk cockpit semua takpe. Asalkan tak ganggu orang lain dengan pencemaran bunyi.
Kids. Diorang buat je apa diorang nak untuk dapat apa yang dia dambakan. Kalau young parents yang tak reti handle anak dia misbehaving, just let it go. Jangan judge parenting skill dia sebab home parenting dengan public parenting tak sama. You're just lucky kalau dapat anak yang angels duduk diam-diam, makan selit napkin dekat collar.
No comments:
Post a Comment